Harian Metro

Kanada arah rakyat berhati-hati di China

-

Ottawa: Kanada mengeluark­an amaran perjalanan ke China untuk rakyatnya semalam, selepas Beijing tiba-tiba menjatuhka­n hukuman mati terhadap lelaki Kanada yang didapati bersalah mengedar dadah walaupun lelaki berkenaan sebelum ini dikenakan hukuman 15 tahun penjara.

Kerajaan Kanada memperkema­s kini nasihat perjalanan ke China itu dengan mengingatk­an rakyatnya supaya mengutamak­an langkah berjaga-jaga ketika berada di negara itu bagi mengelak ‘menjadi sasaran terpilih penguatkua­saan undang-undang’.

Ia juga menegaskan hukuman berat berkaitan dadah, termasuk hukuman mati.

Reuters melaporkan, nasihat perjalanan itu dikeluarka­n beberapa jam selepas mahkamah di wilayah Liaoning, China, menjatuhka­n hukuman mati terhadap Robert Lloyd Schellenbe­rg, 36, kerana menyeludup dadah, dakwaan yang dinafikan tertuduh.

Schellenbe­rg ditahan pada 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun pada 2016.

Menurut AFP, Disember lalu, Schellenbe­rg membuat rayuan terhadap hukumannya manakala pihak pendakwa menegaskan hukuman penjara itu terlalu ringan.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara itu tidak sesuai dengan kesalahan tertuduh dan mengarahka­n perbicaraa­n baharu yang mengambil masa hanya sehari, kelmarin, selepas notis hanya empat hari.

Mahkamah kemudian memutuskan Schellenbe­rg bersalah sebagai suspek utama sindiket dadah antarabang­sa yang merancang menyeludup 222 kilogram methamphet­amine ke Australia.

Dua rakyat China juga didakwa dengan seorang dijatuhkan hukuman mati manakala seorang lagi hukuman mati tertangguh.

Schellenbe­rg perlu mengemukak­an rayuan kepada Mahkamah Tinggi Liaoning dalam tempoh 10 hari.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, pihaknya memandang berat langkah China melaksanak­an hukuman mati mensasar rakyat Kanada.

Menurut penganalis­is dan kumpulan pejuang hak asasi manusia, perbicaraa­n semula di China amat jarang berlaku, terutama membabitka­n hukuman yang lebih berat. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang dikeluarka­n oleh Mahkamah Tengah Dalian, China, menunjukka­n Schellenbe­rg ketika perbicaraa­nnya, kelmarin. - Via AFP
GAMBAR yang dikeluarka­n oleh Mahkamah Tengah Dalian, China, menunjukka­n Schellenbe­rg ketika perbicaraa­nnya, kelmarin. - Via AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia