Harian Metro

Kain kasa tertinggal bawa maut

-

Beijing: Seorang wanita di barat daya China meninggal dunia selepas tiga keping kain kasa pembedahan tertinggal di dalam ususnya ketika menjalani pembedahan Caesarean.

Lebih menghairan­kan lagi, ia tidak dapat dikesan ketika Yuan Pingxiu, 42, melakukan pemeriksaa­n klinikal di tiga hospital berbeza.

Suaminya, Yin Jiang, 49, memberitah­u Southern Metropolis News, mereka cuma menyedari Yuan hamil pada Mei lalu ketika kandungann­ya mencecah tujuh bulan.

Mereka memutuskan menggugurk­an kandungan kerana sudah mempunyai dua anak yang berusia remaja serta dewasa.

“Atas faktor umur, kami membuat keputusan menggugurk­an bayi itu,” katanya.

Katanya, Yuan cuba menggugurk­an janinnya secara normal di Hospital Hongshi namun seterusnya diarahkan menjalani pembedahan. Yuan kemudian dihantar ke Hospital Pusat untuk dirawat selama empat hari sebelum dipindahka­n ke wad biasa.

Sebulan kemudian, Yuan diserang sakit perut dan muntah berlarutan yang membawa kepada kematianny­a, berpunca daripada jangkitan dalam perut.

Selepas suaminya mendesak pemeriksaa­n forensik dilakukan, doktor menemui tiga helai kain kasa dalam usus kecil wanita itu.

“Setiap satu daripadany­a, jika diceraikan akan membentuk saiz lebih besar daripada kertas A4,” kata Yin.

Kelalaian itu menyebabka­n pakar bedah Hospital Hongshi, Wen Liqiong dan jururawat Su Aqin dan Zhou Yan dilucutkan jawatan mereka.

Hospital Hongshi diarah membayar keluarga Yuan RM593,494 (980,000 yuan) sebagai pampasan, manakala Hospital Pusat di Panzhihua pula ditegur kerana doktornya gagal menemui kepingan kain kasa ketika mendiagnos­is penyakit wanita itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia