Harian Metro

Bawa satu lagi evolusi muzik

-

penulis lirik, Stacy yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata ia bukan sesuatu yang mudah.

“Sebelum ini saya tulis lirik untuk lagu penyanyi lain mudah saja. Idea datang mencurah-curah tetapi untuk lagu sendiri sangat susah. Bagaimanap­un, saya sudah berikan yang terbaik.

“Saya berterima kasih kepada suami yang banyak membantu. Sebenarnya, dia adalah pendorong saya untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan lirik.

“Malah, untuk lagu baru ini juga saya turut menyumbang idea dari segi melodi. InsyaAllah, selepas ini saya boleh cuba buat lagu lain pula,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi pula,

Stacy mengakui seronok membesarka­n sendiri anak.

Stacy berkata, kerjaya sebagai penyanyi tidak menghalang untuknya menjalanka­n tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu.

“Di rumah saya sama seperti wanita berkeluarg­a lain iaitu menjadi suri rumah. Sejak anak pertama lagi, saya tak pernah ada pembantu rumah. Semuanya saya buat sendiri. Bukan apa, saya berasa lebih puas dan seronok kerana dapat melihat mereka membesar depan mata.

“Sekarang, anak pertama sudah berusia tujuh tahun. Sejak dia mula bersekolah, rutin saya sudah bertukar. Walaupun pada awalnya sedikit kelam-kabut, lamakelama­an semuanya jadi lancar.

“Apabila ada anak kedua yang kini mencecah usia dua tahun, rutinnya pula berbeza. Setiap hari, saya dan suami cuba untuk susun jadual sebaik-baiknya,” katanya -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Bagi yang mengikuti perkembang­an muzik saya, mereka tahu setiap lagu yang dihasilkan adalah berbeza. Walaupun konsep sama, bunyi dan muzik berbeza
Bagi yang mengikuti perkembang­an muzik saya, mereka tahu setiap lagu yang dihasilkan adalah berbeza. Walaupun konsep sama, bunyi dan muzik berbeza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia