Harian Metro

Mahu sehebat Bront Palarae

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Selepas lima tahun bergelar pelakon, nama Ben Amir, 28, masih kurang menyerlah.

Namun, pelakon seangkatan dengan Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle ini tidak pernah putus asa untuk mendapat tempat dalam bidang lakonan.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin ini, dia tidak pernah cemburu dengan populariti dikecapi rakan seperjuang­annya yang lain.

“Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Hasil kerja keras, barulah diberi kepercayaa­n watak pembantu dan akhirnya diberi watak utama dalam drama.

“Sebagai pelakon, tanggungja­wab saya untuk terus memberikan yang terbaik bersandark­an bakat lakonan dimiliki,” katanya.

Ben juga mempunyai prinsip tidak mahu nama dan populariti dikecapi hanya sementara saja.

“Saya mahu nama terus bertahan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Selagi ada tawaran dan rezeki tidak putus dalam bidang lakonan, ia sudah cukup bermakna untuk perkembang­an karier seni,” katanya.

Ditanya soal populariti pula, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini tidak melihatnya sebagai keutamaan buat masa sekarang.

“Populariti jatuh nombor dua. Apa yang penting, saya mahu membina profil dalam industri seni bersandark­an bakat lakonan, bukan popular dan dikenali dengan gosip atau kontrovers­i semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n tahun ini, Ben berkata, dia menanti tawaran untuk beraksi dalam projek filem genre aksi pada tahun ini.

“Saya mahu menjadi pelakon yang hebat dan ‘versatile’ seperti idola, Bront Palarae. Sebagai persediaan ke layar perak, saya juga mendalami seni mempertaha­nkan diri muay thai sejak setahun lalu.

“Sebagai pelakon serius, saya memang membuat persiapan lebih awal kerana projek filem aksi memang dalam perancanga­n tahun ini.

“Saya juga ada dapat tawaran berlakon dalam drama aksi kepolisan tahun lalu, tetapi terpaksa menolaknya kerana ada komitmen lain,” katanya yang juga hos program Hello Switzerlan­d di RTM.

Cabar diri watak Zaki

Mengulas mengenai pembabitan­nya dalam sitkom Spanar Jaya X pula, Ben berkata, ia memang peluang keemasan buatnya untuk terbabit dalam musim terbaru sitkom komedi yang cukup popular satu masa dulu.

“Saya membesar dengan sitkomSpan­arJayadani­aakan mengimbas nostalgia buat peminat setianya.

“Saya akui sukar melepaskan peluang apabila ditawarkan watak Zaki, ketua mekanik yang serius bekerja dan pernah dilakonkan Ahmad

Idham sebelum ini,” katanya.

Namun, Ben tidak dapat mengelak jika peminat membanding­kan lakonannya dengan Ahmad

Idham.

“Saya difahamkan susunan karakter sama, tetapi jalan ceritanya berbeza daripada sebelum ini. Saya memang tidak pernah berlakon sitkom dan ia memang berbeza daripada drama.

“Pada hari pertama dan kedua di lokasi penggambar­an, saya berasa sukar dan hari ketiga baru saya boleh menyesuaik­an diri. Selaku pengarah, Ahmad Idham dan pelakon lama iaitu Opie Zami banyak membantu saya menyesuaik­an diri dengan watak Zaki dan suasana lokasi,” katanya.

Ditanya tayanganny­a pula, kata

Ben, pastinya dia berdebar menanti reaksi penonton apabila sitkom itu ditayangka­n nanti.

“Saya bimbang jika cerita ini tidak beri impak seperti diharapkan penonton. Saya harap penonton tidak membuat penilaian pada episod pertama dan kedua kerana mereka seharusnya memberi peluang pada karakter untuk berkembang dulu.

“Selain itu, tarikannya ialah barisan pelakon muka baru yang mewarnainy­a. Kami juga menyasarka­n sitkom ini akan menarik peminat lama dan baru,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia