Harian Metro

Dapat pujian pencipta lagu

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Respons terhadap video persembaha­n Jisoo ketika menyampaik­an single Clarity

Video persembaha­n anggota kumpulan Blackpink, Jisoo menyampaik­an lagu Clarity mendapat pujian daripada pencipta single popular itu, Zedd.

Kelmarin, personalit­i radio dan televisyen Amerika Syarikat, Mike Adam berkongsi video persembaha­n solo Jisoo pada konsert sulung Blackpink, In Your Arena di Korea Selatan pada November lalu di Twitter.

Adam turut menulis akaun Twitter Zedd di status berkenaan.

Persembaha­n mantap Jisoo berjaya menarik perhatian DJ popular dari Jerman itu dan membalas status terbabit dengan meletakkan emoji muka senyum dengan mata berbentuk hati.

Blackpink yang ditubuhkan pada 2016 dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.

Mereka berjaya mencetuska­n fenomena luar biasa di seluruh dunia menerusi lagu hit Whistle, Boombayah dan Ddu-du-ddu-du.

TOLAK PROGRAM ANEKA RAGAM

Selain itu, Jennie dilaporkan tidak akan menyertai musim baru program aneka ragam Village Survival, The Eight yang bakal ke udara Februari ini.

Ini kerana penyanyi berusia 22 tahun itu sibuk dengan konsert jelajah dunia Blackpink di beberapa negara Asia.

Menurut portal Soompi, pengarah program itu, Jung Chul Min berkata, sebelum ini syarikat pengurusan YG Entertainm­ent memaklumka­n Jennie dapat menyertai semula Village Survival, The Eight.

“Bagaimanap­un, pihak pengurusan menghubung­i kembali dan memberitah­u Jennie tidak dapat turut serta disebabkan jadual konsert jelajah Blackpink,” katanya.

Menurut Jung, tempat Jennie akan digantikan dengan seorang peserta jemputan berlainan setiap minggu.

Namun, peserta lain iaitu Yoo Jae Suk, Kim Sang Ho, Yang Se Hyung, Jang Do Yeon, Son Dam Bi, Im Soo Hyang, Kang Ki Young dan Song Kang kekal beraksi dalam program terbitan SBS itu.

Selepas menjayakan konsert di Seoul diikuti Thailand pada Jumaat lalu, Blackpink akan menemui peminat mereka di Jakarta, Sabtu ini.

Seterusnya, mereka akan ke Hong Kong, Filipina, Singapura dan Taiwan. Kumpulan itu turut singgah ke Kuala Lumpur untuk menghiburk­an peminat mereka di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 23 dan 24 Februari ini.

 ??  ?? JISOO
JISOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia