Harian Metro

Dekati PERMAINAN TRADISIONA­L

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Khazanah masyarakat

Melayu diperkenal kepada generasi

muda di Laman Muzium Warisan Melayu

Mereka yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan tradisiona­l seperti batu seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling selipar, teng teng, gasing dan sepak raga.

Namun, dek peredaran masa, proses perbandara­n dan perkembang­an teknologi menyebabka­n permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibat­kan ia kian pupus ditelan zaman.

Perkara itu diakui Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul

Muati Ahmad apabila ramai generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.

Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian daripada khazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupakan sedangkan ia mempunyai nilai tersendiri dan perlu dipelihara.

Ekoran itu Muzium Warisan Melayu UPM dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf,

Zakat dan Endowmen (Wazan), Pusat Islam

UPM, Sahabat Masjid UPM dan Jaringan Komunikasi Sastera menganjurk­an program Jalinan Ukhuwah Mencintai Warisan Bersama 90 Anak-Anak Yatim dan Asnaf.

Ia diadakan di

Laman Muzium Warisan Melayu bertujuan memperkena­lkan permainan berkenaan kepada generasi muda khususnya penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting, Selangor dan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Ulfah, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menarik, peserta juga diberikan peluang bermain permainan tradisiona­l itu seperti batu seremban, congkak, tarik upih dan baling selipar bagi mengimbau nostalgia zaman silam ibu bapa mereka.

Dr Abdul Muati berkata, suatu ketika dahulu kebanyakan rumah di kampung tidak mempunyai televisyen menyebabka­n anak-anak mengisi masa lapang mereka dengan permainan sebegini.

“Mereka jarang berada di dalam rumah dan hanya (di dalam rumah) untuk makan, mandi dan tidur. Selebihnya banyak menghabisk­an masa di luar rumah untuk melakukan aktiviti ini (permainan tradisiona­l).

“Tetapi apabila proses perbandara­n berlaku yang mana banyak kawasan perumahan dibuka dan pembinaan rumah pangsa menyebabka­n kanak-kanak lebih suka duduk di dalam rumah.

“Barangkali keadaan ini menyebabka­n kanak-kanak menjadi individual­istik dan lebih suka menyendiri dengan bermain gajet atau permainan video,” katanya.

Katanya, beliau pernah terbaca satu artikel 10 tahun lalu yang ditulis seorang pakar dari Singapura melahirkan kebimbanga­n terhadap generasi baru negara Kota Singa itu yang dianggap ‘lembik’ kerana sudah ‘dikuasai’ teknologi apabila mereka lebih suka bermain permainan elektronik (permainan video) dan jarang berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti pergerakan fizikal.

Dr Abdul Muati berkata, masalah itu sudah menular ke Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Proses perbandara­n tidak boleh disekat bahkan ia satu keperluan untuk menjadi negara maju.

Bagaimanap­un katanya, pihak berkaitan perlu lebih prihatin dengan memastikan setiap kawasan perumahan dilengkapi kawasan riadah supaya kanak-kanak boleh bergaul dan melakukan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.

Peserta, Aisyah Zulaikha Ahmad Akhbar, 13, berkata, dia sering bermain batu seremban ketika kecil bersama rakan-rakan di kawasan perumahan dan program hari ini seperti mengimbau kembali zaman berkenaan.

“Meskipun sudah jarang dapat bermain permainan ini tetapi saya masih mengingati cara permainann­ya.

“Memori itu tidak akan luput daripada ingatan saya begitu juga rakan-rakan yang bermain bersamasam­a walaupun ada yang sudah berpindah ke kawasan lain,” katanya.

 ??  ?? PERMAINAN tarik kain.
PERMAINAN tarik kain.
 ??  ?? PROSES perbandara­n dan perkembang­an teknologi memberi impak besar terhadap permainan tradisiona­l.
PROSES perbandara­n dan perkembang­an teknologi memberi impak besar terhadap permainan tradisiona­l.
 ??  ?? KANAK-KANAK mencuba permainan baling selipar.
KANAK-KANAK mencuba permainan baling selipar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia