Harian Metro

Kurangkan beban pemasaran

-

Bersandark­an profil dan status yang dimiliki pasangan ini, boleh saja mereka wujudkan premis komersial bertujuan keuntungan semata-mata. Namun, kerendahan hati serta niat membantu usahawan kecil lebih menebal lantas pasar raya itu diwujudkan sebagai platform untuk mereka tanpa sebarang caj.

“Pasar raya ini kami wujudkan untuk memudahkan usahawan tempatan memasarkan produk mereka kerana kami lihat ramai antara mereka tiada platform untuk pasarkan produk, akhirnya ada produk yang bagus dan berdaya saing tidak dapat bertahan lama.

“Selain itu, kami juga ada pasukan jualan untuk membantu dari segi pemasaran yang secara tidak langsung dapat mengurangk­an beban pemasaran pengusaha produk ini yang rata-rata kurang mahir dalam soal ini,” katanya.

Menurut Khairul

Shahril, pasar raya itu juga ditubuhkan rentetan permintaan produk dengan pensijilan halal yang semakin memberangs­angkan dan pada masa sama membantu meningkatk­an taraf ekonomi usahawan.

Katanya, rata-rata produk ditempatka­n di situ juga adalah usahawan yang mendapatka­n khidmat konsultasi halal miliknya, HQC Commerce Sdn Bhd yang turut diterajui dua rakan Muhamad Khairi Kamarudin selaku Ketua Pegawai Operasi dan Dr Ahmad Firdaus Zainal Abedin sebagai Ketua Pegawai Teknikal syarikat itu.

Menurutnya, syarikat konsultasi yang ditubuhkan pada 2012 itu awalnya menumpukan pada perunding pensijilan halal Malaysia dan sudah membantu lebih

600 pengusaha produk, restoran, kilang dan kios dalam memberi latihan berkenaan pengendali­an makanan halal dan membantu mereka mendapat pengiktira­fan halal daripada badan berwajib.

Daripada situ, katanya, syarikat mula mengembang­kan khidmat ke pasar raya, e-dagang, pejabat maya, pendaftara­n produk import, platform pameran dan kemasukan ke pasar raya besar sekali gus mewujudkan ekosistem halal dari awal hingga akhir.

“Kami juga dapat mewujudkan ekosistem saling membantu, sebagai contoh, usahawan yang kami latih dibantu pula dengan menempatka­n produk mereka di premis perniagaan disediakan.

“Kami juga menyediaka­n kemudahan buat semua pihak yang berdepan kekangan masa untuk menginfakk­an wang mereka kepada golongan yang memerlukan menerusi pemberian barangan kemudahan asas melalui pasar raya ini.

“Kami akan bungkuskan barangan mengikut nilai yang hendak didermakan ke rumah asnaf atau rumah kebajikan yang dipilih oleh penderma. Melalui cara ini, kami dapat membuka lebih banyak ruang dan laluan kepada orang ramai yang mahu menderma tapi tiada masa berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu katanya, syarikat itu juga bertindak sebagai badan yang bertanggun­gjawab memberi bimbingan dalam persijilan halal antarabang­sa dan turut bantu menubuhkan badan halal di negara asing seperti di Kunming (China), Hong Kong dan Jepun.

Menariknya, HQC turut terbabit secara langsung dalam Pertubuhan Halal Islamik Jepun (HAJI) yang diwujudkan bukan saja bagi tujuan perundinga­n persijilan halal sematamata malah sebagai badan dakwah dengan penduduk setempat di negara matahari terbit itu.

Bapa kepada tiga anak itu juga berpengala­man sebagai auditor badan persijilan halal Jepun pada 2017 dan terbabit dengan pelbagai badan lain.

Dalam pada itu beliau berkata, isterinya turut terbabit dalam pemasaran dan jualan malah baginya, wanita itu tulang belakang sejak awal pembabitan­nya dalam industri itu.

“Bidang tugas

Hasreen lebih bertumpu kepada pemasaran.

Saya bersyukur sentiasa mendapat sokongan isteri yang tidak berbelah bahagi malah kagum dengan semangat dan kekuatanny­a kerana di samping menguruska­n keperluan tiga anak kami yang sedang membesar, dia juga orang penting dalam syarikat.

“Benarlah kata orang, tangan yang menghayun buaian itu juga mampu menggoncan­g dunia,” katanya.

 ??  ?? 1.KHAIRUL Shahril syukur dianugerah­kan isteri memahami dan banyak menyokongn­ya dalam perniagaan.
2.HASREEN memberi tunjuk ajar pekerja kios oden.
3.MUHAMAD Khairi (kanan) dan Dr Ahmad Firdaus (dua dari kanan) berperanan besar dalam operasi syarikat.
4.HASREEN membuat semakan kualiti produk.
1.KHAIRUL Shahril syukur dianugerah­kan isteri memahami dan banyak menyokongn­ya dalam perniagaan. 2.HASREEN memberi tunjuk ajar pekerja kios oden. 3.MUHAMAD Khairi (kanan) dan Dr Ahmad Firdaus (dua dari kanan) berperanan besar dalam operasi syarikat. 4.HASREEN membuat semakan kualiti produk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia