Harian Metro

Bermula sekadar cuba nasib

-

“Saya amat mementingk­an kualiti jahitan dan penggunaan fabrik pula mesti selesa. Jadi saya nekad mengeluark­an koleksi pakaian yang supaya pembeli berasa ia pelaburan yang berbaloi.

“Setakat ini, ramai yang berpuas hati dengan kualiti ditawarkan.

Sudah menjadi tanggungja­wab sebagai pengusaha untuk meletakkan keselesaan sebagai ciri paling utama diikuti rekaan sopan dan praktikal,” katanya.

Menurutnya, butik itu diasaskan bersama adiknya lima tahun lalu dan pada peringkat permulaan hanya sekadar mencuba nasib.

Keluaran pertama butik itu iaitu kardigan kimono dengan rekaan ringkas membuahkan hasil terutama ketika itu, fesyen berkenaan sedang meningkat naik.

Nor Hasna berkata, dia tergerak hati menghasilk­an rekaan pakaian kasual kerana di pasaran ketika ini banyak pakaian seumpama itu diimport dari China yang tidak mesra aurat.

Dia kemudian terus mengembang­kan pilihan dalam butiknya dengan menghasilk­an busana kasual yang tidak nampak terlalu formal sesuai digayakan sebagai pakaian harian.

Bagi pilihan material pula, butik itu banyak menggunaka­n fabrik kapas terutama koleksi baju kerana bersesuaia­n dengan cuaca di negara ini, selesa dan menyerap peluh.

Koleksi terkini butik itu menampilka­n ESMA Oversized Top iaitu kemeja besar yang boleh dipakai untuk wanita bertubuh kecil hingga besar dalam satu saiz dengan tiga pilihan warna iaitu merah jambu, biru dan hijau rumpai laut.

Koleksi diperbuat daripada kapas sutera itu adalah inspirasi daripada fesyen Korea dan Indonesia yang banyak menekankan baju berkonsep longgar dan santai selain sesuai dipadankan dengan jean atau seluar legging.

Bagi koleksi baju labuh Ririn Frill pula ia didatangka­n dengan dua saiz iaitu S/M dan L/XL menggunaka­n material crepe premium. Ia turut dilengkapi dengan poket di bahagian depan dan kemasan beropol pada bahagian hujung baju.

Selain itu, koleksi baju labuh berpoket turut menjadi pilihan dengan menampilka­n ciri seperti belahan kiri dan kanan bagi memudahkan pergerakan.

Kesemua koleksi itu direka dengan potongan labuh dan mesra penyusuan bagi ibu muda yang mahu tampil bergaya.-Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? KOLEKSI labuh dan longgar untuk semua saiz tubuh. TAMPIL bergaya walaupun potongan longgar. Sudah menjadi tanggungja­wab
sebagai pengusaha
untuk meletakkan keselesaan sebagai ciri paling utama diikuti rekaan sopan dan
praktikal SELESA dengan fabrik kapas.
KOLEKSI labuh dan longgar untuk semua saiz tubuh. TAMPIL bergaya walaupun potongan longgar. Sudah menjadi tanggungja­wab sebagai pengusaha untuk meletakkan keselesaan sebagai ciri paling utama diikuti rekaan sopan dan praktikal SELESA dengan fabrik kapas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia