Harian Metro

Bantu masalah mata kering

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kanta sentuh teknologi AquaLock miliki 58 peratus kandungan air

Mata memainkan peranan cukup penting dalam menaikkan seri wajah seseorang. Tidak kira bundar, sepet mahupun galak, setiap pasang mata memiliki keunikan yang tersendiri.

Lihat saja bagaimana indahnya kerat pantun orang dulu yang menjelaska­n asal datangnya perasaan sayang. Kata mereka, dari mata turun ke hati.

Namun, wanita moden kini lebih sukakan warna mata dengan corak yang pelbagai. Tidak mengapa jika memilih jenama diyakini dan sah selamat. Tetapi yang mencetuska­n kebimbanga­n adalah pilihan kanta lekap berwarna tanpa jaminan keselamata­n.

Tanpa sedar, cetakan corak pada kanta lekap boleh pudar dan memberi kesan kepada mata. Kalau dibiarkan berterusan, tidak mustahil pemakai berdepan risiko jangkitan kuman hingga buta.

Itu tidak termasuk kesan negatif lain membabitka­n kaedah penjagaan kanta lekap yang salah, pengabaian aspek kebersihan, pengurusan dan tempoh pemakaian melebihi had serta tarikh luput.

Aveo Vision Malaysia, syarikat yang menawarkan kanta lekap harian secara terus kepada pengguna baru-baru ini memperkena­lkan lensa Aveo Hello.

Bukan saja sesuai untuk individu sibuk dan tidak mahu terikat dengan rutin penjagaan harian, lensa ini juga boleh membantu mereka yang mempunyai masalah mata kering,

Lebih dari itu, lensa jernih ini juga sesuai dijadikan pilihan untuk mereka yang mahu membebaska­n diri daripada penggunaan kaca mata, sekali gus menyerlahk­an lagi seri wajah.

Presiden Supervisio­n Optimax Sdn Bhd, Datuk Seri Stanley Thai berkata, lensa jenama itu dibangunka­n dengan teknologi kanta sentuh paling maju di United Kingdom.

“Ramai pengguna hari ini mahu tampil cantik tanpa kaca mata dan memilih kanta lekap bagi menyempurn­akan penampilan. Namun, kebanyakan mereka mengabaika­n soal kebersihan dan penjagaan kanta lekap sehingga berdepan risiko jangkitan kuman.

“Lebih teruk, ada yang menyalahgu­nakan kanta lekap dengan melanjutka­n tempoh pemakaian melebihi had penggunaan sepatutnya kerana faktor kos dan mahu berjimat.

“Oleh itu, kita bawakan kanta sentuh harian yang diperbuat daripada Omafilcon A premium. Ia memiliki kandungan air sebanyak 58 peratus. Teknologi AquaLock yang diperkenal­kan dalam kanta sentuh ini akan membolehka­n ia mengunci penghidrat­an dan melindungi mata secara semula jadi,” katanya.

Jelas Stanley lagi, kanta lekap jenama berkenaan turut menggabung­kan rekaan BlissEdge unik yang bukan saja mampu meningkatk­an keselesaan pemakai, malah membantu mengurangk­an geseran pada kelopak mata, mesra penglihata­n serta membolehka­n lebih banyak oksigen mencapai kornea.

“Reka bentuk optiknya memberi pengalaman melihat yang lebih baik. Sementara penghalang sinar ultra ungunya mencegah purata 97 peratus UVB dan 87 peratus sinaran UVA,” katanya.

Kanta lekap jenama ini dijual dengan harga mampu milik berserta pelan pembelian bijak bermula RM60 untuk 30 pasang lensa harian.

Selain perkongsia­n mengenai kesihatan mata, jenama itu turut membuka klinik bergerak dan mengagihka­n sampel percuma kepada pengunjung yang mendaftar.

 ??  ?? STANLEY (kiri) pada majlis pelancaran.
STANLEY (kiri) pada majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia