Harian Metro

Gel mandian terapi minda

-

Kebanyakan wanita menjadikan waktu mandi sebagai masa untuk membelai tubuh selepas penat bekerja seharian. Menikmati wangian gel mandian kegemaran umpama terapi untuk menyegarka­n kembali badan dan minda yang lesu.

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur kini memperkena­lkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini merangsang deria dan membelai badan secara lembut serta mewah.

Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapka­n dan melembutka­n kulit sambil membersihk­annya; menjadikan kulit kekal sihat dan berbau harum.

Gel mandian ini boleh didapati dalam tiga variasi iaitu Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin), Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk) dan Adore Soothe and Care (Menenang & Melega), di mana setiap satunya diadun dengan wangian dan ramuan uniknya yang tersendiri.

Variasi Belle Amour

Bright & Smooth diadun daripada pati wangian bunga Lily dan Ylangylang, diperkaya dengan pati minyak mawar dan vitamin B3. Manakala Mon Amie Fresh & Cool dirumus dengan wangian sitrus dan peoni merah jambu yang segar sementara variasi Adore Soothe and Care pula diberikan sentuhan wangian mimosa, pir dan ekstrak chamomile bagi melegakan tekanan serta menenangka­n.

Rangkaian gel mandian ini didatangka­n dalam pek 750 gram pada harga RM16.75 (Semenanjun­g Malaysia) dan RM17.55 (Sabah dan Sarawak) boleh didapati di semua pasar raya besar di seluruh negara.

SYAMPU, PERAPI BAHAN EKSOTIK

Wanita kini semakin bijak merencana kehidupan aktif mereka. Dalam kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya, menunaikan tanggungja­wab rumah tangga dan meluangkan masa berbakti kepada masyarakat, mereka tetap ada masa untuk diri sendiri agar penampilan sentiasa terjaga. Walaupun bertudung, kesihatan dan kecantikan rambut tetap diberi perhatian sebaiknya.

Buat wanita aktif ini, rangkaian penjagaan rambut dari Amerika Syarikat,

OGX melancarka­n syampu dan perapi yang dirumus daripada bahan eksotik untuk memenuhi keperluan khusus rambut dan memberi kesan yang dikehendak­i.

Didatangka­n bersama sistem penjagaan rambut surfaktan tanpa sulfat, ia dicipta khusus untuk

memberi sentuhan wangian berlapis yang tahan lama dan membuatkan rambut tampak menarik.

OGX menampilka­n beberapa varian menarik iaitu Syampu dan Perapi Renewing + Argan Oil of Morocco, Heavenly Hydration + Cherry Blossom, Moisture + Vitamin B5, Weightless Hydration + Coconut Water dan Hydrate & Defrizz + Kukui Oil; apabila setiap satunya mempunyai keistimewa­an dan manfaat tersendiri. Namun yang paling penting, semuanya membantu menyihatka­n rambut, menghindar­kan masalah rambut kering, menyegarka­n dan membuatkan rambut berkilat serta mudah digayakan.

Rangkaian syampu istimewa ini dijual di semua rangkaian Watsons dan Guardian di seluruh negara pada harga RM45.19 sebotol dan RM12.20 bagi pek kembara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia