Harian Metro

Mi bandung

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my BAHAN

Rebusan tulang lembu beri cita rasa

tambahan pada sajian kuah pekat penuh perisa

Rasa kuah yang enak ditambah dengan rebusan tulang lembu pasti memikat penggemar mi bandung apatah lagi menikmati hidangan yang masih panas dari kuali.

Tambah menarik, rasanya juga berbeza di setiap negeri. Terpulang pada kreativiti dan air tangan pembuatnya, rasa asli mi bandung biasanya terletak pada rencah yang dimasukkan.

Bagaimanap­un, mi bandung sebenarnya berasal dari Johor terutama daerah Muar yang terkenal dengan keaslianny­a. Rasanya yang pedas dan manis membuatkan sesiapa juga yang berkunjung ke Muar tidak melepaskan peluang menikmati hidangan enak ini tidak kira sama ada pagi, tengah hari atau petang.

Peminat setia mi bandung kini boleh merasai keenakan rasa resipi daripada Rosnah Abd Aziz yang disediakan di warung Mi Bandung Hawau di Restoran Saggaf Corner, Bukit Antarabang­sa.

Selain rasanya yang pedas, keistimewa­an mi bandung Rosnah terletak pada kuahnya yang pekat, manis dan penuh perisa.

Rahsianya, dia menggunaka­n kacang tanah dan udang dalam pes mi bandungnya.

“Sebab itu keenakanny­a terasa kerana mengandung­i semua perisa,” katanya yang menyediaka­n pes terlebih dulu dan disimpan untuk kegunaan setiap hari.

Katanya, air rebusan tulang lembu pula memberi kelainan rasa dalam hidangan itu dan untuk menambah kelazatan, dia menambah daging yang direbus empuk. Rose turut berkongsi resipi mi bandung tulang ilhamnya yang mudah disediakan sesiapa saja di rumah. 1 mangkuk air rebusan tulang lembu

1 biji telur

Segenggam sawi (dipotong) 3 keping tauhu

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar cili kisar

1 sudu besar udang geragau 1 sudu besar kacang tanah (digoreng dan dikisar)

3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

Gula secukup rasa

Sedikit serbuk perasa Sedikit hirisan daging rebus 1 mangkuk mi kuning

 ??  ?? 1. SEDIAKAN semua bahan.
2. PANASKAN kuali dengan
sedikit minyak sebelum menumis bawang putih d
an udang geragau.
3. MASUKKAN cili kisar dan sos cili, kacau sebentar.
4. MASUKKAN sup tulang
dan biarkan mendidih.
5. KEMUDIAN masukkan kacang
tanah, serbuk perasa dan gula.
6. TAMBAH telur dan biarkan seketika (jangan dikacau supaya
telur tidak hancur).
7. MASUKKAN tulang
dan isi daging.
8. TAMBAH tauhu dan mi kuning diikuti sawi. Kacau perlahan hingga sayur agak
layu dan padam api.
9. HIDANGAN siap dan enak dimakan panas.
1. SEDIAKAN semua bahan. 2. PANASKAN kuali dengan sedikit minyak sebelum menumis bawang putih d an udang geragau. 3. MASUKKAN cili kisar dan sos cili, kacau sebentar. 4. MASUKKAN sup tulang dan biarkan mendidih. 5. KEMUDIAN masukkan kacang tanah, serbuk perasa dan gula. 6. TAMBAH telur dan biarkan seketika (jangan dikacau supaya telur tidak hancur). 7. MASUKKAN tulang dan isi daging. 8. TAMBAH tauhu dan mi kuning diikuti sawi. Kacau perlahan hingga sayur agak layu dan padam api. 9. HIDANGAN siap dan enak dimakan panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia