Harian Metro

Bekal makanan seimbang

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Ibu insan yang paling sibuk apabila bermulanya sesi persekolah­an awal tahun ini. Tidak sekadar menyediaka­n peralatan dan pakaian seragam sekolah, malah mereka juga perlu memastikan anak diberikan sajian sarapan yang baik supaya kekal bertenaga sepanjang hari.

Oleh itu, Milo baru-baru ini menghulurk­an sokongan kepada ibu bapa yang menyambut sesi persekolah­an baru anak mereka melalui bengkel ‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’.

Acara yang kini memasuki tahun ketiga penganjura­n itu memberikan bimbingan kepada ibu bapa cara menyediaka­n bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak mereka terutama di bangku sekolah rendah.

Bengkel yang juga sebahagian daripada program aktiviti Milo UHT yang berlangsun­g selama tiga hari itu menampilka­n Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Unit Perniagaan Nestle Ready-to-Drink, Nestle (Malaysia) Berhad Angeline Lim berkata, penyediaan bekalan makanan yang seimbang di rumah akan membantu anak membuat pilihan makanan yang lebih sihat semasa berada di luar, di samping memupuk tabiat pemakanan lebih sihat.

Katanya, matlamat jenama itu untuk membantu ibu bapa memastikan anak mendapat khasiat penting bukan saja dari segi perkembang­an mental dan fizikal malah keperluan tenaga mereka.

“Setiap hari kanakkanak memerlukan lebih banyak tenaga daripada disangkaka­n yang turut memberikan kesan terhadap pengambila­n pemakanan mereka.

“Sebagai contoh, ramai ibu bapa tidak sedar seorang kanak-kanak sekolah rendah menggunaka­n sehingga 1,500kcal tenaga dalam sehari - bersamaan tenaga yang diperlukan untuk menghabisk­an larian separuh maraton atau berenang 50 pusingan di kolam renang,” katanya.

Menurutnya, kehidupan harian kanak-kanak hari ini lebih mencabar malah kajian menunjukka­n badan manusia kehilangan kira-kira 80 peratus tenaga simpanan semasa tidur .

Ini katanya, menunjukka­n betapa penting ibu bapa membantu anak memulakan hari mereka dengan cara yang betul untuk kekal cergas di sekolah.

“Kami mahu berkongsi dengan ibu bapa kepentinga­n penyediaan bekal makanan yang seimbang di rumah bagi membantu menggantik­an semula tenaga dan khasiat anak supaya mereka mampu mengatasi cabaran hari persekolah­an,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Kelab Bekal Bento Malaysia dan anak mereka antara peserta bengkel.
SEBAHAGIAN ahli Kelab Bekal Bento Malaysia dan anak mereka antara peserta bengkel.
 ??  ?? GEORGEN (kiri) memberi tunjuk ajar penyediaan makanan dan diet yang diperlukan kanak-kanak.
GEORGEN (kiri) memberi tunjuk ajar penyediaan makanan dan diet yang diperlukan kanak-kanak.
 ??  ?? PELAKON, Diana Rafar dan anaknya Kashfi, antara yang menyertai bengkel.
PELAKON, Diana Rafar dan anaknya Kashfi, antara yang menyertai bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia