Harian Metro

Sos cili Mexico tambat selera

-

Bagi mereka yang menggemari makanan Barat, lazimnya ada kekurangan jika hidangan itu tidak mengandung­i sos cili Mexico atau lebih dikenali sebagai tabasco.

Sos yang diperbuat daripada campuran lada merah ranum, cuka dan garam itu mampu membangkit­kan selera apatah lagi selepas penat mengembara.

Bagi mereka yang tidak pernah merasai keenakan sos jenis ini, mungkin boleh mencubanya menerusi jenama produk Tabasco keluaran Syarikat McIlhenny yang menyambut ulang tahun ke150 tahun ini.

Pengurus Besar GBA Corporatio­n Sdn Bhd, pengedar eksklusif sos berkenaan, Mohan Alagappar berkata, seni pembuatan sos jenama itu dan kelebihann­ya yang serba guna menjadikan­nya sahabat cef, tukang masak di rumah, pelayan bar dan penggemar makanan.

Malah, katanya, rakyat Malaysia khususnya, gemar menambah sos itu kepada makanan harian kegemaran seperti piza atau spageti untuk membangkit­kan rasa dan menambat selera.

“Sos lada ini enak dinikmati di restoran terbuka dan dewan jamuan makan atau di rumah. Ia boleh diletakkan di atas meja makan atau dalam beg tangan penggemar makanan di serata dunia.

“Disebabkan populariti­nya, sos ini dihasilkan dalam lebih 10 jenis, dengan tahap kepedasan daripada sederhana kepada sangat pedas, daripada manis kepada sedap berasap, untuk memenuhi cita rasa setiap pengguna,” katanya.

Sejak memulakan perniagaan pada 1868, tradisi keluarga menjadi teras bagi syarikat berkenaan dalam penghasila­n dan pengeluara­n rangkaian sos lada jenama itu.

Satu daripada faktor utama yang menjamin kejayaan jenama terbabit ialah penggunaan ramuan asli untuk membuat sos manakala ramuan utama seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak mereka memulakan pengeluara­n 150 tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia