Harian Metro

DJOKO MENANG MUDAH

- AFP

 Bintang Serbia ‘tak keluar peluh’ singkir Krueger

ovak Djokovic memulakan kempen untuk

gelaran ketujuh Terbuka Australia dengan bergaya apabila menyingkir­kan pemain ranking ke-230 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Mitchell Krueger 6-3, 6-2, 6-2 di pusingan pertama, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu mara ke pusingan kedua buat kali ke-13 berturut-turut dan langsung tidak mampu dicabar pemain kelayakan, Krueger yang membuat penampilan sulung di Melbourne Park.

Djokovic yang tampil dalam perlawanan ke-300 Grand Slam tidak menggugurk­an sebarang servis selepas ketinggala­n 1-2 pada set pertama apabila mempamerka­n kekuatan sebenarnya untuk meraih kemenangan ke-259 di kejohanan utama.

“Bermain menentangn­ya buat pertama kali, saya tidak tahu apa yang perlu dijangkaka­n,” kata pilihan utama dari Serbia itu.

“Dia amat kompetitif dan saya perlu bekerja keras. Saya menikmatin­ya, dan harapnya kamu semua turut menikmatin­ya.”

Djokovic menamatkan kempen musim lalu dengan menakjubka­n selepas terkeluar daripada kelompok 20 terbaik dunia pada Jun apabila memenangi Wimbledon dan Terbuka AS sebelum bergelar pemain nombor satu dunia pada November.

Ia perbezaan yang amat ketara ketika penyingkir­annya di Melbourne tahun lalu kepada pemain Korea Selatan, Chung Hyeon di peringkat 16 terakhir sebelum dia bergelut dengan masalah siku.

Pada pusingan kedua, Djokovic akan bertemu musuh tradisinya yang juga bintang Perancis, Jo-Wilfried Tsonga.

“Saya amat menghormat­i Tsonga,” kata Djokovic. “Kami akan bertemu sekali lagi di atas gelanggang yang hebat ini. Saya tidak sabar untuk menantinya.”

Tsonga yang juga bekas pemain nombor empat dunia tersisih hampir tujuh bulan pada 2018 selepas menjalani pembedahan lutut dan memerlukan tiket wildcard untuk menyertai Terbuka Australia selepas berada di luar kedudukan ranking 200 dunia.

Begitupun, pemain berusia 33 tahun itu yang pernah mara ke lima aksi separuh akhir kejohanan Grand Slam tetap dilihat sebagai lawan yang berbahaya selepas mara ke peringkat empat terbaik kejohanan pemanas badan di Brisbane.

Sebagai rekod, Tsonga adalah seorang daripada tiga pemain yang pernah merekodkan kemenangan ke atas Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal ketika mereka menghuni ranking nombor satu dunia, selain Andy Murray dan Juan Martin del Potro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia