Harian Metro

De Gea tunggu kontrak baharu CITIZENS HIMPIT REDS

- Reuters

selepas berakhir perlawanan dengan Spurs, Ahad lalu dengan harapan dia akan kekal di United.

“Kami mahu dia kekal di sini. Dia adalah antara penjaga gol terbaik di dunia,” kata Jesse Lingard.

Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer memilih untuk mengekalka­n jurulatih penjaga gol, Emilio Alvarez selepas Jose Mourinho dipecat.

Alvarez yang menjadi mentor De Gea ketika di Atletico Madrid percaya, anak buahnya itu akan memberikan aksi lebih baik.

“Saya tidak rasa De

Gea akan berhenti setakat ini saja. Dia boleh menjadi pemain lebih baik,” katanya. – Agensi

Manchester

Gabriel Jesus meledak gol ketujuh dalam tiga perlawanan, dua daripadany­a ketika Manchester City menewaskan Wolverhamp­ton Wanderers 3-0, ketika lawan beraksi dengan 10 pemain, awal pagi semalam.

Kemenangan itu sekali gus menyaksika­n City berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Liverpool kepada empat mata.

Pemain Brazil itu membuka tirai jaringan pada minit ke-10, sebelum menyempurn­akan penalti di akhir babak pertama, - selepas Wolves terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan Willy Boly dilayangka­n kad merah.

Selepas tewas berturut-turut pada saingan liga ketika musim perayaan Krismas, City kini sudah melakar lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Prestasi semasa City itu dilihat mampu merealisas­ikan impian mereka mempertaha­nkan gelaran dan terus menjadi ancaman utama kepada Liverpool di bawah bimbingan Juergen Klopp.

“Kami sudah beberapa kali menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain dan sepatutnya perlu lebih agresif ketika menyerang. Tetapi kami perlu juga memikirkan perlawanan lain yang bakal diharungi di saingan liga.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan tidak memberikan ruang kepada lawan. Akhirnya kami memperoleh tiga mata berharga untuk terus memberi tekanan kepada pasukan tangga teratas,” kata Pengurus City, Pep Guardiola.

City yang sudah menjaringk­an 99 gol dalam semua pertanding­an musim ini sedar, hanya kemenangan akan mencerahka­n peluang mencabar Liverpool selepas seteru utama mereka itu melakar kemenangan di Brighton & Hove Albion.

Dalam aksi pagi semalam, Jesus meledak gol pertama minit ke-10 selepas menerima hantaran cantik

Leroy Sane.

Jesus kemudian menyempurn­akan sepakan penalti minit ke-39, selepas Ryan Bennett mengasari Raheem Sterling.

Gol ketiga City terhasil selepas pemain Wolves menjaringk­an gol ke gawang sendiri minit ke-78. Reuters

 Jesus pacu City benam Wolves, rapat jurang dengan pendahulu liga kepada empat mata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia