Harian Metro

India ‘berputih mata’

- AFP

 Constantin­e letak jawatan selepas gagal ke pusingan kalah mati

Ketua jurulatih India, Stephen Constantin­e meletak jawatan selepas gol pada masa kecederaan Bahrain menyaksika­n mereka tewas 0-1, sekaligus gagal mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama di Piala Asia.

Sementara itu, tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula mengesahka­n status juara Kumpulan A, selepas seri 1-1 dengan Thailand dan menyaksika­n kedua-dua pasukan mara ke pusingan kalah mati.

India hampir mencipta sejarah untuk melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama sebelum Jamal Rashid menyempurn­akan sepakan penalti yang meranapkan impian India dan memberi ruang kepada Bahrain untuk mara.

Selepas kekalahan itu, Constantin­e mengumumka­n mahu meletak jawatan.

“Stephen Constantin­e meletak jawaatan selepas perlawanan ini. Saya sudah menggalas tugas ini selama empat tahun.

“Objektif utama saya sejak hari pertama adalah untuk membantu India layak ke Piala Asia. Saya sudah melakukann­ya dan kami juga dapat melakar beberapa rekod baharu.

“Saya sangat berbangga dengan setiap pemain yang sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan. Saya fikir kitaran karier saya sudah berakhir.

“Saya sudah melakukan apa yang dimahukan dan tiba masanya untuk berhijrah,” katanya.

India menewaskan Thailand 4-1 pada perlawanan pembukaan untuk meraih kemenangan pertama mereka di Piala Asia selepas lebih 50 tahun.

Bagaimanap­un, kekalahan 0-2 kepada UAE menjadikan perlawanan dengan Bahrain cukup penting, namun ia berakhir dengan kekalahan.

 ?? Stephen Constantin­e ?? Saya sudah melakukan apa yang dimahukan dan tiba masanya untuk berhijrah” SEPAKAN penalti Rashed (kiri) bantu Bahrain menang ke atas India.
Stephen Constantin­e Saya sudah melakukan apa yang dimahukan dan tiba masanya untuk berhijrah” SEPAKAN penalti Rashed (kiri) bantu Bahrain menang ke atas India.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia