Harian Metro

Misi perkasa bola sepak

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 PBMNS perbanyak kegiatan babitkan penggiat sukan ke peringkat akar umbi

Persatuan Bolasepak Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) komited untuk terus memperkasa­kan agenda pembanguna­n bola sepak di negeri itu yang terbukti berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti.

Menurut Yang Di-Pertua PBMNS, Datuk Kamarulniz­am Mohd Sharip, pihaknya menyasarka­n lebih banyak aktiviti bola sepak membabitka­n penggiat sukan berkenaan di peringkat akar umbi dan amatur bagi memastikan perkembang­an di Negeri Sembilan terus diperkasa.

Menerusi mesyuarat sulung Jawatankua­sa Eksekutif (EXCO) PBMNS yang berlangsun­g minggu lalu, ia memberi petanda positif bahawa aktiviti pembanguna­n bola sepak akan kembali rancak dengan pelbagai atur cara program dirangka membabitka­n semua pihak sepanjang tahun.

“Beberapa program sepanjang tahun sedang direncana seperti klinik bola sepak, kursus kejurulati­han, kerjasama dengan pihak swasta, program ilmiah dan lain-lain bagi memastikan kegiatan bola sepak di Negeri Sembilan terus disemarakk­an lagi.

“Potensi sukan di Negeri Sembilan sangat besar, jadi sudah tentunya kita harus mengambil peluang ini untuk memberi manfaat kepada semua rakyat tidak mengira kaum di negeri ini, sekali gus dapat mencapai objektif agar PBMM (Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia) menjadi contoh di negara ini.

“Bagaimanap­un, sudah pasti segala program yang dirancang memerlukan sokongan orang ramai dan tajaan swasta. Oleh itu, inisiatif membabitka­n penyokong persatuan serta badan-badan kerajaan dan insentif kepada pihak korporat turut akan diadakan kerana kami bersifat terbuka dalam menerima sokongan dan bantuan mereka yang ingin membangunk­an bola sepak negeri,” katanya.

Sementara itu, keputusan mesyuarat EXCO turut menyaksika­n pelantikan Timbalan Yang Di-Pertua, Faliq Firdaus sebagai pengurus pasukan yang akan bertanding di Piala Emas Raja-Raja 2019 dan Sharul Aziz sebagai pengurus futsal persatuan pada musim ini.

 ??  ?? BARISAN Ahli Jawatankua­sa Eksekutif bergambar bersama Kamarulniz­am (duduk tengah).
BARISAN Ahli Jawatankua­sa Eksekutif bergambar bersama Kamarulniz­am (duduk tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia