Harian Metro

Bahagia A juara Piala Monsun

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Musim tengkujuh yang melanda negeri di Pantai Timur termasuk Terengganu baru-baru ini, bukan menjadi alasan bagi sesetengah penduduk terutama masyarakat kampung untuk berpeluk tubuh.

Sebaliknya inisiatif yang dilakukan penduduk kampung Bahagia, Bintang, Setiu

di sini harus dicontohi apabila berjaya menganjurk­an kejohanan bolasepak Piala Monsun 2018 yang diadakan di kampung itu, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Sukan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Wan Zakaria Wan Ismail berkata, kejohanan yang dijadikan sebagai acara tahunan itu bukan saja disertai pemain, malah mendapat sokongan penduduk kampung.

“Matlamat kejohanan ini bukan saja mampu merapatkan ukhwah antara penduduk kampung, tapi juga dapat membuktika­n musim tengkujuh juga kami dapat

melakukan aktiviti sebegini,” katanya.

Pada kejohanan itu, juara bertahan pasukan Bahagia A muncul pemenang selepas menumpaska­n Bintang A 5-4 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 pada masa sebenar.

Gol kemenangan skuad itu dijaringka­n oleh Ridzuan Ibrahim selepas kedudukan penalti terikat 4-4.

Pasukan lain yang turut bertanding iaitu pasukan Bahagia B, Bintang B, Bukit Dereba A dan B serta pasukan Alor Serdang A dan B.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n pengerusi MPKK, Wan Mustafa Wan Daud.

 ??  ?? PASUKAN Bahagia A ceria selepas muncul juara kejohanan bolasepak Piala Monsun.
PASUKAN Bahagia A ceria selepas muncul juara kejohanan bolasepak Piala Monsun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia