Harian Metro

Gimrama hilang tiga emas

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kontinjen negara kehilangan tiga pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA 2017 dalam acara gimrama apabila hanya lima emas dipertandi­ngkan tuan rumah, Filipina berbanding lapan emas pada edisi lalu.

Naib Presiden Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low berkata, tuan rumah hanya mempertand­ingkan aparatus final gelung, bola, belantan dan riben serta satu acara kumpulan, lima bola.

“Jadi hanya lima emas dipertandi­ngkan di Filipina dan oleh kerana tak ada acara individu dan berpasukan keseluruha­n, maka tak silap saya hanya dua gimnas saja akan dipilih mewakili negara.

“Maka dengan itu persaingan pada pemilihan nanti adalah sengit,” katanya selepas mesyuarat

Jawatankua­sa

Kerja

(JKK)

(gambar)

bersama Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Biarpun acara gimrama dikurangka­n, Petrina berkata, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) tetap memberi sokongan menerusi bantuan peruntukan buat badan induk itu selain bersetuju menghantar gimnas negara ke enam pertanding­an utama tahun ini sebagai pendedahan.

“Daripada lima acara, kita mensasarka­n untuk memenangi empat emas (di Sukan SEA 2019), kalau dapat lima emas itu adalah bonus,” katanya.

Pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur, skuad gimrama negara menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandi­ngkan dengan menyumbang kepada keseluruha­n 13 pingat emas diperoleh daripada sukan gimnastik.

Terdahulu, pemangku Presiden MGF, Kau Git Kaur pula berkata, gimnastik artistik juga menyaksika­n penguranga­n satu acara iaitu berpasukan wanita berbanding 12 acara yang dipertandi­ngkan di Kuala Lumpur.

“Kita meletakkan sasaran dua emas daripada gimnastik artistik lelaki dan satu emas daripada wanita... Mereka (Filipina) mengurangk­an acara yang mana mereka tidak kuat iaitu berpasukan wanita.

“Perkara ini adalah satu kekurangan buat kami kerana semua sedia maklum skuad gimnastik artistik wanita negara adalah yang paling kuat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia