Harian Metro

Botha enggan sambung kontrak

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Teka teki mengenai kedudukan Simon Botha selaku ketua jurulatih skuad boling padang kebangsaan akhirnya terjawab selepas beliau memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Persekutua­n Boling Padang Malaysia (PLBM).

Presiden PLBM, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Botha mengambil keputusan itu selepas merasakan sudah terlalu lama membimbing skuad negara.

Justeru, Wan Nawawi mengesahka­n tempat jurulatih berasal dari Afrika Selatan itu diambil alih jurulatih tempatan, Zuraidi Puteh yang sudah lebih lima tahun membantu Botha.

“Kita serahkan kepada Zuraidi untuk memilih dua penolong

(gambar)

untuk melatih atlet boling padang kebangsaan yang akan menghadapi Sukan SEA Manila dan Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik di Australia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Sukan Boling Padang dipengerus­ikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail semalam.

Mengulas lanjut, Wan Nawawi berkata, Zuraidi mengikat kontrak setahun bersama PLBM dengan indeks petunjuk utamanya (KPI) ialah Sukan SEA Manila dan Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik.

“Kalau dulu kita menang dua perak di Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik maka kita mahu perbaiki prestasi tahun ini.

“PLBM juga meletakkan sasaran untuk menang sekurang-kurang lima daripada enam pingat emas yang ditawarkan di Sukan SEA Manila 2019 berikutan tindakan Filipina menggugurk­an acara individu.

“Kalau di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kita boleh menang tujuh daripada lapan pingat emas maka lima emas adalah relevan dengan 90 peratus yang bertanding ialah atlet sama yang beraksi di KL2017,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia