Harian Metro

Misi besar Ziyad

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

 Sasar layak ke Sukan SEA Filipina 2019

Atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli memasang impian untuk sekali lagi melayakkan diri ke Sukan SEA selepas kejayaan meraih gangsa dua tahun lalu.

Dia yang melakukan lontaran 17.12 meter di Stadium Nasional, Bukit Jalil, mengharapk­an mampu memberikan persembaha­n terbaik sepanjang musim ini sekali gus layak beraksi di Sukan SEA Filipina 2019.

“Tahun ini juga penting buat saya terutama dalam mengekalka­n rekod dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajar­an),” katanya ketika dihubungi semalam.

Ziyad mencipta rekod dunia 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London dua tahun lalu, memecahkan catatannya sendiri 16.84m pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Bagaimanap­un, untuk mencapai semula kegemilang­an itu tahun ini, Ziyad berharap kekecewaan musim lalu dapat dilupakan buat seketika.

“Saya berasa agak sedih tahun lalu kerana mengalami kecederaan belakang. Bagaimanap­un, ketika bergelut dengan masalah itu saya masih lagi mampu meraih emas pada Sukan Para Asia Jakarta 2018.

“Tahun ini juga saya akan menyertai beberapa kejohanan

(gambar)

sebagai persediaan untuk beraksi pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai. Saya harus berhati-hati kerana sekarang ini ramai atlet dari negara lain sedang meningkat naik,” kata Ziyad.

Dua tahun lalu di London, dia berjaya mengalahka­n atlet Colombia, Stalin David Mosquera yang meraih perak (16.72m), manakala gangsa milik Todd Hodgetts dari Australia (15.96m).

“Buat masa sekarang saya tak dapat menjangkak­an siapa yang akan memberikan cabaran sengit di Dubai kerana ramai yang menunjukka­n peningkata­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia