Harian Metro

Skuad trek para enggan dabik dada

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com. my

Sepang: Biarpun berjaya meraih sembilan pingat emas, lima perak dan empat gangsa di Kejohanan Basikal Trek Para Asia (ACC) Jakarta 2019 yang berakhir minggu lalu, skuad kebangsaan enggan mendabik dada sebaliknya berazam untuk meningkatk­an prestasi bagi menghadapi saingan Kejohanan Basikal Trek Para Dunia di Belanda, Mac depan.

Jurulatih basikal para kebangsaan, Sallehudin Mohd Noh berkata, secara keseluruha­nnya beliau berpuas hati dengan kesungguha­n dan prestasi ditunjukka­n anak buahnya di ACC, minggu lalu.

“Biarpun mereka gagal menyamai pencapaian tahun lalu iaitu sembilan emas, lapan perak dan enam gangsa namun saya tetap berpuas hati dengan prestasi dan kesungguha­n mereka.

“Saya percaya kita mampu menang lebih banyak pingat emas, perak dan gangsa jika acara tertentu tidak digabungka­n misalnya kategori C4 dan C5 yang digabungka­n di bawah kategori sama.

“Jadi peluang kita untuk menang emas, perak dan gangsa menjadi agak berkuranga­n berbanding 2018,” katanya.

Mengulas lanjut, Sallehudin berkata, kejohanan kali ini kurang mencabar kerana China dan Korea Selatan tidak menghantar wakil sekali gus membuka peluang untuk Malaysia menang lebih banyak emas.

Bagaimanap­un, Sallehudin berkata, pencapaian di ACC penting bagi mengukur sejauh mana prestasi pelumba negara untuk menghadapi Kejohanan Basikal Trek Dunia 2019 di Belanda, Mac nanti.

“Kejohanan ACC kali ini juga membolehka­n pelumba basikal para negara memperbaik­i rekod peribadi terbaik mereka selain mengumpul mata untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

“Tindakan ini perlu kerana Malaysia sedang mengintai tiga lagi slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi pasukan lelaki dan wanita,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelumba basikal para bergambar kenangan sejurus tiba di KLIA2 semalam.
SEBAHAGIAN pelumba basikal para bergambar kenangan sejurus tiba di KLIA2 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia