Harian Metro

‘Apa nasib kami?’

-

 Bekas pemain PNL 2 persoal tunggakan gaji gagal dibayar PFA

termasuk untuk kos penginapan.

“Kami tidak mampu kerana tiada wang untuk menyewa rumah di sana. Menerusi maklumat yang kami terima di Facebook rasmi PFA, PNL 2 kini dibarisi pemain lain.

“Bagaimana pula dengan kami yang sudah menandatan­gani kontrak tahun lalu?” katanya ketika ditemui di Kangar, kelmarin.

Rungutan itu turut disuarakan kapten PNL 2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, 30, apabila mendakwa PFA cuba melanggar perjanjian yang sudah ditandatan­gani sebelum ini.

“Pengurusan seakan-akan tidak mahu membayar tunggakan gaji kami dengan memberikan pelbagai alasan termasuk berdolak dalih sesama mereka.

“Ada antara kami menyara hidup sebagai nelayan serta bekerja kampung dan lebih membimbang­kan kami, pengurusan tidak mahu bersemuka setiap kali kami cuba bangkitkan isu ini di dalam aplikasi whatsapp,” katanya.

Ezzrul Ikmanizar berkata, mereka tidak berniat untuk menjatuhka­n kredibilit­i pengurusan PFA yang baharu, namun pada masa yang sama hak mereka sebagai pemain perlu diutamakan.

“Kami sudah tidak sanggup dipermaink­an lagi, ada antara kami sudah lima bulan tidak melunaskan ansuran bulanan kereta dan berharap pengurusan PFA dengar rintihan kami ini,” katanya.

PFA yang diterajui presiden, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dilihat berbelanja besar selepas mengikat beberapa pemain ternama.

Antaranya ialah Safee Sali, Badhri Radzi, Khyril Muhymeen Zambri, Azmi Muslim, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj yang disenaraik­an untuk skuad berkenaan bagi saingan Liga Perdana musim ini.

 ??  ?? ANTARA bekas pemain Perlis dakwa tidak dibayar gaji oleh PFA.
ANTARA bekas pemain Perlis dakwa tidak dibayar gaji oleh PFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia