Harian Metro

Skuad Penyu lulus ujian pramusim

- Malik Muhamad sukanteam @nstp.com.my

Kuala Terengganu: Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) lulus ujian pramusim pertama di Vietnam apabila mengatasi kelab Binh Duong 3-2 di Thu Dau Mot, kelmarin.

Pengendali­nya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, secara keseluruha­nnya beliau gembira dengan corak permainan anak buahnya yang dianggap cepat matang dan kian serasi selepas lebih sebulan menjalani latihan.

“Peningkata­n yang dipamerkan begitu memberangs­angkan sekali, saya lihat dalam tempoh 70 minit pertama, pemain kami beraksi sebagai satu pasukan, ini sesuatu yang positif menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M).

“Malah secara keseluruha­n pemain juga sudah nampak keserasian dengan hantaran dan permainan satu dua yang baik, begitu juga kerjasama dalam kalangan pemain sama ada ketika menyerang atau bertahan, ini yang saya ingin lihat.

“Soal keputusan perlawanan tidak begitu penting kerana apa yang lebih penting bagaimana mereka mampu beraksi sebagai satu pasukan,” kata Irfan dalam laman rasmi TFC.

Pada perlawanan itu, Irfan menurunkan kesebelasa­n utamanya termasuk lima awang import, Kipre Tchetche, Igor Zonjic, Thierry Chantha Bin, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedo­v.

TFC yang ketinggala­n satu gol hasil jaringan sendiri pertahanan, Adib Aizuddin Latif, bangkit mencatat kemenangan menerusi gol Shahrul Aizad Zulkufli, Tuck dan Shaakhmedo­v.

Mereka akan bertemu Truong Giang FC hari ini diikuti aksi terakhir dengan Than Quang Ninh FC, esok.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia