Harian Metro

Kemelut KLFA belum berakhir Hargai jasa penyokong

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) masih perlu menunggu sebelum boleh mengadakan kongres ke-31 bertujuan memilih barisan kepemimpin­an baharu.

Ia susulan kemelut mengenai pencalonan merebut jawatan dalam persatuan itu masih belum diselesaik­an hingga membabitka­n campur tangan Pesuruhjay­a Sukan, Datuk Zaiton Othman.

Naib Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan

berkata, mereka sudah mengemukak­an jawapan terhadap 13 aduan berkaitan bantahan terhadap proses kongres itu.

“Kami sudah bentangkan mengenai maklum balas

(gambar)

KLFA terhadap 13 perkara yang dipersoalk­an pihak pengadu sebelum ini. Ia dibuat pada pertemuan semalam di depan Datuk Zaiton dan wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Tapi pihak pengadu ingin menjawab semula jawapan yang dikemukaka­n KLFA. Jadi Datuk Zaiton pun setuju untuk memberi tempoh seminggu kepada mereka bagi mengemukak­an maklum balas.

“Maknanya Datuk Zaiton perlu menunggu jawapan daripada pengadu dulu dan selepas itu barulah beliau dan FAM akan panggil kami semula, mungkin dalam dua minggu dari sekarang.

“Bagi KLFA, kami sudah kemukakan jawapan terhadap persoalan mereka dengan merujuk kepada statut persatuan,” katanya.

Kongres ke-31 KLFA yang sepatutnya berlangsun­g November lalu terpaksa ditangguhk­an selepas mendapat arahan Zaiton.

Keputusan itu dibuat Zaiton dengan menjelaska­n penangguha­n kongres itu wajar dilakukan bagi memberi ruang kepada proses siasatan lanjut dan pendengara­n.

Selepas mendapat lampu hijau untuk bermain menerusi kuota pemain tempatan bersama Pahang mulai musim 2019, Mohamadou Sumareh berazam melakukan lebih baik dan berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakangny­a.

Ketika status selaku pemain tempatan buat pemain naturalisa­si pertama Malaysia itu ‘masih dalam pertimbang­an’ Liga Bolasepak Malaysia (MFL), penyokong menggunaka­n media sosial untuk menyatakan kekecewaan mereka memandangk­an pemain berusia 24 tahun itu membantu skuad kebangsaan menjadi naib juara Piala AFF.

“Penyokong memiliki pandangan sendiri dan jelas mereka marah tetapi mereka perlu menunggu dulu kerana keputusan itu tidak memihak kepada saya.

“Bagi saya, tiada apa yang perlu dikesalkan dan sekarang ia sudah diselesaik­an,” katanya.

Pemain kelahiran Gambia itu membantu gergasi pantai timur berkenaan menang gelaran ketiga Piala FA musim lalu dan berazam untuk sekali lagi meraih trofi musim ini.

“Sasaran peribadi saya ialah melakukan lebih baik setiap tahun kerana tahun lalu kami menang Piala FA dan sebagai pemain, sasaran anda ialah sentiasa menjadi lebih baik,” kata Sumareh mengenai kedudukan keempat Liga Super buat Pahang musim lalu.

Sumareh yang membuat tujuh penampilan bersama Harimau Malaya pada Piala AFF baharu pulang dari Bangkok selepas perlawanan ujian bersama Visakha FC (tewas 3-1), Chonburi FC (menang 2-1) dan Army United (seri 0-0) berkata, keputusan aksi di negara jiran itu bukan pengukur kepada kekuatan Pahang musim ini.

(gambar)

“Kami baharu saja bersama sebagai satu pasukan untuk beberapa perlawanan persahabat­an dan ia bagus untuk kecergasan saya. “Kami kembali mendapatka­n keserasian, kerjasama sepasukan tampak bagus buat masa ini tetapi berbaki hanya dua minggu kami perlu memenuhkan kuota buat pemain import dan selepas itu semuanya sudah sedia,” katanya.

Pahang memiliki tempoh hingga Ahad untuk memenuhkan kuota pertama perpindaha­n pemain Liga Malaysia ketika skuad Tok Gajah masih perlu mencari tiga pemain untuk slot pemain import.

 Sumareh tekad lakukan terbaik musim baharu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia