Harian Metro

Dibunuh di laluan sunyi

-

Kuching: Laluan sunyi bersebelah­an Pejabat Pertubuhan Peladang Sarawak, di Jalan Dusun, di sini, digemparka­n dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, semalam.

Difahamkan, mayat lelaki terbabit ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 10 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, siasatan awal mendapati mayat lelaki itu dipercayai dibunuh tiga hari lalu berdasarka­n keadaan mayat yang sudah mereput dan berulat.

“Kita tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan kawasan kejadian.

“Proses bedah siasat hanya akan dijalankan di Hospital Umum Sarawak. Polis juga meneliti kembali fail membabitka­n kes orang hilang yang dilaporkan sebelum ini sekiranya mangsa tersenarai dalam kes berkenaan.

“Polis mengklasif­ikasikan kes penemuan mayat ini sebagai kes bunuh melihat kepada keadaan mayat yang mempunyai kesan luka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Leong ketika mengulas lanjut berkata, bagaimanap­un punca sebenar kematian tidak dapat ditentukan sebelum bedah siasat dilaksanak­an.

“Selain tidak menemui dokumen pengenalan diri, polis setakat ini tidak dapat memberi anggaran umur berdasarka­n keadaan mayat

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis menyiasat lokasi penemuan mayat lelaki tidak dikenali di Jalan Dusun.
ANGGOTA polis menyiasat lokasi penemuan mayat lelaki tidak dikenali di Jalan Dusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia