Harian Metro

Rumah dinaiki air

- Poliana Ronnie Sidom cnews@nstp.com.my

 23 penduduk dipindah ke pusat penempatan sementara

Hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibat­kan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air dan berlaku tanah runtuh.

Di Kampung Pertanian Garinono, Batu 25, banjir kilat yang melanda kampung itu bermula jam 6.30 pagi menyebabka­n beberapa rumah dinaiki air.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, seramai 23 mangsa termasuk seorang bayi dipindahka­n dari tiga rumah yang dinaiki air ke pusat penempatan sementara masjid kampung terbabit, jam 11 pagi semalam.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu pada jam 6.57 pagi dan menghantar 11 anggota ke lokasi terbabit bagi membantu mengeluark­an penduduk.

“Berdasarka­n laporan anggota di lokasi, banjir semakin surut, namun mangsa masih berada di pusat penempatan susulan rumah mereka masih dilimpahi air. Operasi sudah ditamatkan selepas pemantauan mendapati air semakin surut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beberapa kawasan lain dilaporkan turut dinaiki air termasuk Poh Hing, Kampung Gas di Batu Sapi, namun difahamkan tiada pemindahan kerana air semakin surut.

Anddre berkata, pemantauan turut dilakukan di Jalan Batu Sapi susulan laporan tanah runtuh di kawasan berkenaan, jam 9.45 pagi.

Katanya, laluan terbabit ditutup sementara operasi pembersiha­n jalan dilakukan oleh konsesi Jabatan Kerja Raya, namun laluan berkenaan sudah boleh dilalui, jam 10.30 pagi semalam. Sandakan: Banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah ini, susulan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Di Kampung Memanjang, air dari Sungai Memanjang dilaporkan naik pada jam 4.55 pagi dengan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

Bagi Kampung Garinono dan Kampung Pertanian Batu 25, dekat sini, air dilaporkan naik bermula jam 7 pagi dengan kedalaman air antara 0.6 hingga 0.9 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pasukan pemantau dihantar ke lokasi yang terjejas bagi memantau keadaan dengan di Kampung Memanjang, penduduk dilaporkan sudah mengangkat barangan ke tempat selamat.

“Pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga dalam usaha mengeluark­an penduduk yang terperangk­ap di Kampung Garinono.

“Kita menjangkak­an keadaan banjir kilat akan beransur pulih jika hujan tidak berterusan,” katanya di sini.

Difahamkan, banjir kilat turut melanda di beberapa lokasi selain berlaku tanah runtuh.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memindahka­n penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pertanian Garinono.
ANGGOTA bomba memindahka­n penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pertanian Garinono.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memindahka­n penduduk yang terjejas akibat banjir.
ANGGOTA bomba memindahka­n penduduk yang terjejas akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia