Harian Metro

‘Mana kami nak duduk’

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 Penduduk minta kerajaan campur tangan isu roboh rumah

Penduduk di Kampung Tinusa 1, di sini, akur kepada perintah mahkamah untuk merobohkan rumah mereka, namun meminta campur tangan kerajaan negeri bagi mencari penyelesai­an termasuk mendapatka­n penempatan baharu.

Ia susulan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah di kampung berkenaan, selepas rayuan penduduk bagi mendapatka­n tanah terbabit gagal.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Generasi Endrekang Sabah, Erwin @ Batilis Jaraman berkata, penduduk kini berharap Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi peluang kepada mereka untuk membuat kunjungan hormat minggu depan, sekali gus membantu mencari penyelesai­an terhadap kemelut dihadapi penduduk. Katanya, mereka dimaklumka­n sebelum ini kerajaan negeri akan meneliti masalah dihadapi, namun belum ada keputusan dibuat bagi mencari penempatan baharu.

“Sekiranya (rumah) penduduk dibongkar (dirobohkan), di mana penduduk mahu tinggal? Mereka bukanlah pendatang, (sebaliknya) sudah menduduki kampung ini selama 30 tahun dan banyak wang ringgit dihabiskan untuk pertahanka­n tempat ini.

“Justeru, kami minta pihak kerajaan negeri ambil kira secepat mungkin permasalah­an mereka,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kemelut dihadapi 22 ketua keluarga susulan tanah diduduki seluas dua hektar sejak 1990-an yang didakwa dibeli daripada individu tertentu, sudah dimiliki individu lain dengan tanah berstatus pegangan pajakan (CL).

Erwin berkata, tiada kata putus diperoleh daripada perbincang­an dengan pihak peguam penuntut tanah hari ini dan pada bila-bila masa arahan perobohan rumah dilaksanak­an.

Sehubungan itu, katanya, penduduk berharap dapat bertemu Ketua Menteri secepat mungkin untuk mendapatka­n penempatan sesuai kepada penduduk atau mempertimb­angkan untuk menawarkan tanah lain untuk memindahka­n penduduk.

 ??  ?? PENDUDUK berbincang bersama wakil peguam penuntut tanah susulan perobohan rumah di Kampung Tinusa 1.
PENDUDUK berbincang bersama wakil peguam penuntut tanah susulan perobohan rumah di Kampung Tinusa 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia