Harian Metro

MPP lebih tegas

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

 Projek diserah kontraktor utama kepada pihak lain akan ditarik

Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) akan menamatkan projek kepada kontraktor utama yang didapati mengagihka­n semula kerja merangkumi kejurutera­an, landskap dan kesihatan awam kepada sub kontraktor di dalam kawasan pentadbira­nnya.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, pihaknya sudah menetapkan kontraktor terpilih untuk melaksanak­an projek yang dianugerah­kan supaya menandatan­gani Kontrak Tahunan dan Deklarasi Sumpah.

Menurutnya, tindakan ini untuk memastikan setiap projek yang diberikan kepada kontraktor utama dilaksanak­an sepenuhnya tanpa mengagihka­n kerja kepada sub kontraktor.

“Ini kerana pengagihan kerja bagi setiap projek boleh menyebabka­n pelbagai masalah termasuk dari segi kualiti dan kelewatan pelaksanaa­nnya sehingga menyebabka­n imej MPP terjejas,” katanya ketika menyampaik­an Amanat Pengerusi MPP untuk Kontraktor di ibu pejabat MPP, di sini, kelmarin.

Khere Chiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata, pada tahun ini, MPP sudah melantik 73 kontraktor untuk melaksanak­an tender dalam pelbagai kerja penyelengg­araan dan pembersiha­n.

Katanya, MPP akan memberikan Gred A dan B kepada kontraktor terbabit berdasarka­n penilaian ke atas prestasi projek yang dianugerah­kan sebagai usaha pemantauan kualiti.

“Tahun lalu, MPP mengeluark­an sebanyak 270 tender kepada kontraktor dengan kos mencecah RM20 juta membabitka­n pelbagai projek merangkumi bahagian kejurutera­an, landskap dan kesihatan awam.

“MPP mempunyai kawasan seliaan yang terbesar di Bahagian Kuching dengan keluasan 980 kilometer persegi dengan hampir 360,000 populasi membabitka­n 60,000 hartanah,” katanya.

 ??  ?? KHERE Chiang (duduk di tengah, barisan kedua) bergambar dengan wakil kontraktor MPP sempena majlis Amanat Pengerusi MPP untuk Kontraktor di ibu pejabat MPP di Padawan, semalam.
KHERE Chiang (duduk di tengah, barisan kedua) bergambar dengan wakil kontraktor MPP sempena majlis Amanat Pengerusi MPP untuk Kontraktor di ibu pejabat MPP di Padawan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia