Harian Metro

GPS optimis berjaya menangi PRN12

-

Kapit: Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini terus berupaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.

Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Wilson Ugak berkata, keyakinan itu bersandark­an trend sokongan rakyat di peringkat akar umbi khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Malah katanya, penubuhan gabungan baharu itu, termasuk pengenalan logonya bagi menggantik­an Barisan Nasional (BN) Sarawak memberi suntikan baharu terhadap semangat perjuangan anak negeri.

“Sejak GPS ditubuhkan enam bulan lalu, ia semakin mendapat tempat dalam kalangan ‘Anak Sarawak’, dengan gabungan itu sendiri mewakili setiap lapisan rakyat negeri ini.

“Penubuhan GPS juga menyediaka­n platform politik baharu kepada ‘Anak Sarawak’ dan generasi akan datang kerana 100 peratus dipimpin anak tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Konvoi Jelajah Bendera GPS di Rumah Panjang Edison Bugak di Sungai Melekun, di sini, kelmarin.

Pada Jun tahun lalu, semua empat parti komponen BN di Sarawak bertindak keluar dari gabungan itu seterusnya membentuk GPS bagi meneruskan agenda politik tempatan tanpa campur tangan ‘orang luar’.

Selain PRS, GPS turut dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS di bawah kepemimpin­an Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg ketika ini menguasai 72 dari 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Wilson yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata, dengan tertubuhny­a GPS, kerajaan negeri kini boleh membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pihak lain dari Semenanjun­g seperti sebelum ini.

Justeru, beliau menasihati rakyat negeri ini menolak propaganda dimainkan Pakatan Harapan (PH), terutama membabitka­n isu tanah hak milik adat (NCR).

“Kerajaan Sarawak melalui Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sentiasa peka terhadap isu berkenaan dan cuba menyelesai­kannya.

“Malah, isu tanah ini sentiasa diberikan perhatian dari era kepemimpin­an Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem dan kini diteruskan Datuk Amar Abang Johari Abang Openg sebagai penggantin­ya,” katanya.

Katanya, hanya GPS yang mampu menjadi wadah perjuangan ‘Anak Sarawak’, terutama dalam meneruskan agenda menuntut kembali hak dan kepentinga­n dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

 ??  ?? KONVOI Jelajah Bendera GPS di Kapit turut disertai anak lelaki Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, Azizul Anuar Adenan (lima dari kiri).
KONVOI Jelajah Bendera GPS di Kapit turut disertai anak lelaki Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, Azizul Anuar Adenan (lima dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia