Harian Metro

Suri rumah rugi RM3,000 ditipu sindiket

-

Miri: Seorang suri rumah berputih mata selepas menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Macau membabitka­n kerugian RM3,000 Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 28 tahun itu terpedaya selepas dihubungi sindiket yang menyamar sebagai anggota polis dan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti penggubaha­n wang haram.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a diminta memindahka­n wang RM3,000 ke dalam sebuah akaun kononnya sebagai wang jaminan supaya ‘tindakan’ tidak dikenakan ke atasnya.

“Mangsa kemudian membuat bayaran berkenaan seperti yang diarahkan suspek menerusi transaksi ke dalam satu akaun bank dan hanya tersedar diperdaya selepas selesai membuat bayaran itu,” katanya, semalam.

Katanya, laporan polis kemudianny­a dibuat mangsa di Balai Polis Pusat Miri, Ahad lalu selepas mangsa gagal menghubung­i suspek untuk mendapatka­n semula wangnya.

“Polis tidak pernah meminta orang ramai untuk membayar wang jaminan untuk ke akaun bank peribadi mana-mana individu untuk menyelesai­kan sebarang kes atau tuduhan kerana ia perlu menggunaka­n prosedur yang ditetapkan undang-undang,” katanya.

Katanya, justeru orang awam diminta tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket yang menyamar sebagai pegawai atau anggota polis dan mendakwa mangsa terbabit dalam kes jenayah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

 ?? Mustafa Kamal Gani Abdullah ?? Mangsa kemudian membuat bayaran seperti diarahkan suspek menerusi transaksi ke dalam satu akaun bank dan hanya tersedar diperdaya selepas selesai membuat bayaran itu”
Mustafa Kamal Gani Abdullah Mangsa kemudian membuat bayaran seperti diarahkan suspek menerusi transaksi ke dalam satu akaun bank dan hanya tersedar diperdaya selepas selesai membuat bayaran itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia