Harian Metro

DAULAT TUANKU!

- Abdul Razak Raaff dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Pemasyhura­n Sultan Pahang VI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam diselimuti suasana hening apabila baginda menitiskan air mata ketika membaca titah sulungnya yang memohon rakyat mendoakan kesejahter­aan ayahandany­a, Sultan Ahmad Shah serta bondanya, Al-Marhumah Tengku Ampuan

Afzan Rahimahall­ah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.

 Sultan Abdullah sebak ketika baca titah sulung mohon rakyat mendoakan kesejahter­aan ayahanda

Pekan

Suasana hening dan sayu di Balairung Seri dan Dewan Santapan Istana Abu Bakar di sini, selepas Sultan Pahang VI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitiskan air mata serta sebak ketika membaca titah sulung.

Al-Sultan Abdullah yang memakai baju kuning bersama isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h kelihatan sebak beberapa minit dan menitiskan air mata ketika bersemayam di singgahsan­a.

Baginda sebak ketika membacakan titahnya yang memohon rakyat mendoakan kesejahter­aan ayahandany­a, Sultan Ahmad Shah serta bondanya, Al-Marhumah Tengku Ampuan Afzan Rahimahall­ah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mendidik baginda dengan penuh kasih sayang.

Sebahagian daripada ahli kerabat diraja, tetamu kenamaan, ketua jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri yang memenuhi Balairung Seri dilihat turut tidak dapat mengawal perasaan sama ditunjukka­n baginda.

Malah, suasana sayu itu turut dikongsi di Dewan Santapan yang seolah-oleh memahami isi hati baginda yang sedih membacakan titah selepas dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang.

Istiadat pemasyhura­n yang berlangsun­g hampir sejam setengah itu bermula sebaik keberangka­tan baginda dan isteri pada jam 11 pagi ke Balairung Seri Istana Abu Bakar.

Turut berangkat Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Ahmad Shah.

Tengku Abdul Rahman mengetuai laungan Allahu Akbar sebanyak tiga kali dan laungan Daulat Tuanku mengiringi istiadat pemasyhura­n itu.

Terdahulu, Tengku Abdul

Rahman turut membacakan Pengisytih­aran Pelantikan Raja mengikut Perkara 9A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).

“Maka adalah dengan ini dimasyhurk­an bagi pengetahua­n orang ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri Kali Ke-110 yang bermesyuar­at pada 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawa­l 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak bersetuju memilih, melantik dan memasyhurk­an Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terengganu, DK Johor, Pemangku Raja Pahang, Waris Ganti menjadi raja pemerintah yang menaiki takhta negeri Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantik­an Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkuat kuasa 11 Januari 2019 bersamaan 5 Jamadilawa­l 1440 Hijrah.

“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut berucap dan ikrar taat setia terhadap pemerintah­an Sultan Abdullah pada istiadat pemasyhura­n itu.

Turut hadir wakil Kerajaan Pusat, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Orang Besar Berempat yang juga Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak dan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

 ??  ??
 ??  ?? PERARAKAN masuk Sultan Pahang ke-6 ke Balairung Seri yang diketuai oleh Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah di Istana Abu Bakar.
PERARAKAN masuk Sultan Pahang ke-6 ke Balairung Seri yang diketuai oleh Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah di Istana Abu Bakar.
 ??  ?? ANTARA kerabat diraja Pahang yang hadir pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, semalam.
ANTARA kerabat diraja Pahang yang hadir pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, semalam.
 ?? FOTO: MUHAMMAD ASYRAF SAWAL DAN HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? AL-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menitiskan air mata ketika menyampaik­an
Titah Diraja pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar,
semalam.
FOTO: MUHAMMAD ASYRAF SAWAL DAN HALIMATON SAADIAH SULAIMAN AL-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menitiskan air mata ketika menyampaik­an Titah Diraja pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, semalam.
 ??  ?? AL-Sultan Abdullah mengucup al-Quran selepas membaca lafaz ikrar menerima jawatan sebagai Sultan Pahang pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.
AL-Sultan Abdullah mengucup al-Quran selepas membaca lafaz ikrar menerima jawatan sebagai Sultan Pahang pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia