Harian Metro

DIVIDEN DIJANGKA KURANG

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayangk­an pendapatan dividen tahun ini dijangka lebih rendah berbanding 2017.

Pengerusin­ya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, bagaimanap­un menegaskan kemungkina­n jangkaan pendapatan dividen lebih rendah itu bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, turun naik pendapatan dividen boleh dipengaruh­i, antaranya oleh faktor berkenaan.

“Boleh bayangkan keadaan pasaran (tahun ini). Saya tidak boleh kata pendapatan dividen lebih rendah tahun ini kerana belum ada keputusan (akhir).

“Kita (KWSP) cuma melihat apa (faktor) yang berlaku tahun ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau bercakap selepas melancarka­n buku

terbitan Pusat Penyelidik­an Kesejahter­aan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM).

Ditanya sama ada dividen KWSP sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah 4.5 peratus, Samsudin enggan mengulas lanjut.

“Sentimen (faktor mempengaru­hi dividen) seperti tahun lalu. Memang itu faktor yang boleh menjejaska­n dividen,” katanya.

Mengulas lanjut, Samsudin menegaskan KWSP mengadakan perbincang­an terperinci dan belum memutuskan pendapatan dividen tahun ini.

Sebelum ini, penganalis­is ekonomi menjangkak­an KWSP akan mengumumka­n dividen simpanan konvension­al sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah 4.5 peratus.

Trend penurunan dijangka berlaku dalam pengagihan

dividen KWSP termasuk hibah Tabung Haji, susulan dipengaruh­i faktor global dan sentimen tempatan.

Difahamkan, faktor lain yang boleh mempengaru­hi penurunan dividen termasuk perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China yang menjadikan pasaran ekuiti global dan tempatan merudum dan perubahan dasar ekonomi utama.

Faktor penurunan harga minyak mentah dijangka turut menyebabka­n KWSP lebih berhati-hati menyimpan tunai bagi pelaburan akan datang dan ketidakpas­tian politik dan sosioekono­mi di Eropah (Brexit).

Sentimen tempatan yang dijangka mempengaru­hi jangkaan trend penurunan, antara lain, usaha kerajaan yang masih mencari rentak pentadbira­n optimum pada 2018, kelembapan sektor hartanah dan kelemahan ringgit.

Pada 2017, KWSP mengisytih­arkan dividen 6.40 peratus bagi Simpanan Shariah dan dividen 6.90 peratus (simpanan konvension­al).

 ??  ??
 ??  ?? SAMSUDIN (tengah) selepas melancarka­n buku Who Says I Am Retired di UM, semalam.
SAMSUDIN (tengah) selepas melancarka­n buku Who Says I Am Retired di UM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia