Harian Metro

VENDOR GADAI NYAWA

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Baju kalis api bernilai RM13.5 juta untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat sah tidak selamat

SPRM tunggu keterangan daripada pihak berkaitan di United Kingdom

Jabatan Kimia turut sahkan pakaian dibekal tidak mengikut spesifikas­i

Siasatan kes penyelewen­gan pembelian baju kalis api bernilai RM13.5 juta untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahka­n baju kalis api yang dibekalkan tidak selamat digunakan.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kini hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA) bagi melengkapk­an siasatan berhubung pembekalan baju berkenaan.

Menurutnya, SPRM sudah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan kontraktor kepada Jabatan Kimia dan mengesahka­n ia tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard ditetapkan JBPM.

Namun, SPRM menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM.

“Sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini, JBPM boleh menghubung­i SPRM.” katanya.

Untuk rekod, agensi anti rasuah itu merampas 6,000 baju kalis api di Balai Bomba Salak Tinggi yang dibeli JBPM bernilai RM13.5 juta kerana tidak mematuhi prosedur ditetapkan selain didakwa memalsukan sijil perakuan pakaian keselamata­n itu.

Harian Metro semalam melaporkan sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baru dibuat sejak 2017.

Ini menyebabka­n anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunaka­n baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Penggunaan baju kalis api yang tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesiona­l tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya untuk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.

Difahamkan, baju kalis api yang digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia