Harian Metro

MUFTI SURUH BAGI BAITULMAL

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@nstp.com.my

Kota Bharu: Wang yang ditemui tanpa pemilik dan tidak dituntut oleh sesiapa perlu diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana dan gagal mengesan pemiliknya perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Menurutnya, jika di Kelantan

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naiknya di Facebook malam kelmarin,” katanya peniaga Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29.

Berikutan itu, kisah penemuan wang tunai Jepun sebanyak 550,000 yen itu tular dan mendapat perhatian netizen selepas dimuat naiknya pada jam 9.20 malam.

Umpama rezeki terpijak, wang itu dianggarka­n berjumlah RM20,755.84 jika ditukarkan ke mata wang ringgit.

Menurut Wan Mohamad Adam, dia menemui wang tunai Jepun itu ketika membuka guni pakaian terpakai di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat di Bachok, kelmarin.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui wang berkenaan dalam satu dompet pada jam 8 malam. wang berkenaan perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

diHuruAskR­anI.AN untuk

“Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal.

“Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik. “Orang yang menemui tidak boleh menggunaka­n wang itu kerana ia bukan haknya,” katanya ketika

dihubungi di sini, semalam.

 Peniaga bundle terkejut jumpa mata wang yen RM20,755.84

Katanya, dia membeli dua guni di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan dibawa pulang ke kedai.

“Saya membuka guni untuk disimpan memandangk­an saya akan membuka kedai dalam masa terdekat dan menemui dompet warna hitam dalam baju kot,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, dia menganggap penemuan wang itu rezeki kepadanya selepas membeli lebih 10 guni sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dia tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu dompet dalam baju kot itu.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan.

“Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia pembuka rezeki dan wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarka­n perniagaan ini.

“Saya sudah menukar wang mata berkenaan sebanyak 450,000 yen dan dapat RM16,800. Bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Mohamad Adam menunjukka­n duit yen (gambar bulat) yang sudah ditukar, semalam.
WAN Mohamad Adam menunjukka­n duit yen (gambar bulat) yang sudah ditukar, semalam.
 ??  ?? MOHAMAD Shukri
MOHAMAD Shukri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia