Harian Metro

PM ketuai delegasi Malaysia ke ICEA

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Third Internatio­nal Conference on the Emergence of Africa

(ICEA) di Dakar, Senegal, esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, ia adalah penyertaan sulung Perdana Menteri di ICEA sejak ia dianjurkan pada 2015.

Perdana Menteri akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya serta pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri dan Kementeria­n Luar.

“Penganjura­n ICEA 2019 kali ini bertemakan Emergence, Private Sector and Inclusiven­ess yang akan memberi fokus kepada usaha mempromosi dan mengukuhka­n lagi peranan sektor swasta dalam pelan pembanguna­n Afrika.

“Perdana Menteri dijadual menyertai High

Level Panel Discussion yang akan berlangsun­g selepas acara pembukaan ICEA pada 17 Januari.

“Sesi itu, yang membabitka­n penyertaan Presiden-Presiden Republik Burkina Faso, Ivory Coast, Kenya, Mali, Rwanda dan Senegal, akan memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk berkongsi kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta di Malaysia.

“Selain itu, Perdana Menteri juga akan berkongsi idea dan hala tuju Malaysia dalam kerjasama ekonomi dan perdaganga­n antara Malaysia dengan negara-negara membangun di Afrika,” katanya.

Menurut Wisma Putra, selain menghadiri ICEA, Perdana Menteri juga dijadualka­n mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Senegal untuk membincang­kan perkara berkepenti­ngan bersama ke arah memperkuku­hkan hubungan dua hala Malaysia–Senegal serta memperting­katkan kerjasama dalam isu serantau dan global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia