Harian Metro

Pelaburan madu bertukar pahit

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Lelaki kaut jutaan ringgit selepas tawar skim kelulut

Mengaku miliki ladang sarang madu kelulut terbesar di Asia Tenggara. Itu taktik digunakan seorang lelaki yang menawarkan pelaburan madu kelulut selain mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penipuan pelaburan berkenaan.

Malah, lelaki berusia 60-an itu sanggup mengadakan sesi ceramah di seluruh negara bagi memperkena­lkan produk madu kelulut kepada mangsa yang didakwa dihasilkan dari ladang miliknya termasuk di Indonesia serta Johor.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 58, memaklumka­n dia kerugian RM36,000 selepas membeli 10 lot (sarang) dan saham bagi 20 lot dengan lelaki terbabit selepas mengikuti lawatan ke ladang kelulut di Johor beberapa kali sejak September 2016.

Katanya, dia tertarik menyertai pelaburan itu selepas ditawarkan komisen RM50 setiap bulan bagi satu lot serta bonus RM120 setiap enam bulan bergantung kepada pengeluara­n madu.

“Setiap lot dibeli pada harga RM1,200. Berdasarka­n pengiraan saya, kami boleh mendapat keuntungan melebihi modal iaitu beberapa ratus untuk setiap lot bagi tempoh dua tahun melalui pelaburan ini.

“Bagaimanap­un, saya hanya dapat merasa wang komisen dan bonus selama tujuh bulan sebelum individu itu menghilang­kan diri,” katanya.

Mona berkata, dia merasa tertipu dengan kata-kata manis lelaki terbabit yang

Kuala Lumpur: Sebanyak lebih RM5.1 juta wang milik mangsa penipuan pelaburan projek madu kelulut di seluruh negara lebur akibat ditipu sindiket sejak lebih setahun lalu.

Difahamkan kebanyakan mangsa diperdaya sindiket yang menjanjika­n pulangan lumayan hasil dari penjualan madu kelulut dari ladang yang tidak wujud.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, terbaru pihaknya menerima banyak laporan polis dari ramai mangsa di Lahad Datu, Sabah berhubung penipuan pelaburan sama. meyakinkan pelaburan itu membawa keuntungan lumayan dan sudah terbukti berjaya sebelum ini memandangk­an pasaran syarikat melitupi seluruh Asia Tenggara.

“Kami dimaklumka­n lelaki itu memiliki banyak ladang namun dia hanya membenarka­n lawatan ladang di Johor saja dengan alasan sarang itu sensitif dengan persekitar­an, sekali gus mengganggu pengeluara­n madu.

“Sepanjang tempoh lawatan di ladang berkenaan, saya tidak pernah ditunjukka­n lot yang dibeli dan dimaklumka­n lot terbabit diletakkan di ladang lain,” katanya yang juga suri rumah.

Katanya, dia dimaklumka­n oleh mangsa yang lain bahawa ada suami isteri di Lahad Datu, Sabah yang kerugian RM360,000 selepas membeli 300 lot sarang kelulut dari suspek.

“Saya difahamkan lelaki itu sanggup turun hingga ke Lahad Datu untuk memperkena­lkan pelaburan itu. Malah, difahamkan dia membawa sekali contoh produk berserta dokumen dan gambar yang dijadikan bukti kononnya pelaburan itu berjaya memandangk­an kebanyakan mangsa di sana tidak dapat datang ke Johor untuk melawat ladang,” katanya.

 ?? Mona ?? LELAKI yang mendakwa memiliki ladang sarang kelulut terbesar di Asia Tenggara memberi penerangan kepada pelabur serta bakal pelabur mengenai pelaburan berkenaan di sebuah ladang di Segamat, Johor. Sepanjang tempoh lawatan di ladang berkenaan, saya tidak pernah ditunjukka­n lot yang dibeli”
Mona LELAKI yang mendakwa memiliki ladang sarang kelulut terbesar di Asia Tenggara memberi penerangan kepada pelabur serta bakal pelabur mengenai pelaburan berkenaan di sebuah ladang di Segamat, Johor. Sepanjang tempoh lawatan di ladang berkenaan, saya tidak pernah ditunjukka­n lot yang dibeli”
 ??  ?? SAI F U L
SAI F U L

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia