Harian Metro

18 pemain PNL2 gesa lunas gaji RM500,000

-

Arau: Lapan belas pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL2) menggesa Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bertanggun­gjawab dan menunaikan janji untuk melunaskan baki gaji tertunggak berjumlah hampir RM500,000.

Kapten PNL2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, 30, membidas kenyataan Timbalan Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan semalam mendakwa mereka mempunyai masalah disiplin.

Dia juga membidas kenyataan Mohd Abdul Karim Khan kononnya pemain enggan bersemuka dengan pihak pengurusan PFA dalam perjumpaan diatur pada 7 Januari lalu.

“Siapa yang tidak mahu berjumpa sekarang ini? Kami sudah ajak PFA termasuk Presiden (Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie) untuk bersemuka hujung bulan lalu bagi membincang­kan status baki gaji dan tempat latihan.

“Tapi dia (Presiden) tak mahu berjumpa dan berita mengenai perjumpaan diaturkan antara kami pada 7 Januari itu hanya disampaika­n kepada dua orang pemain saja. Ini kerana pengurusan PFA enggan bertemu dengan semua pemain.

“Malah pada pertemuan itu, presiden tidak hadir dan hanya timbalanny­a saja yang mahu berjumpa dengan pemain secara bersendiri­an,” katanya ketika ditemui di tempatnya bekerja di Arau di sini, semalam.

Ezzrul Ikmanizar turut menempelak PFA yang mendakwa mereka tidak berdisipli­n susulan kegagalan menghadiri kem latihan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.

“Mereka tidak menyediaka­n fasiliti yang sempurna, tidak mahu bayar gaji dan kos penginapan kami di sana.

“Kami tak mampu dan peliknya bagaimana pula skuad Piala Presiden PFA boleh berpangkal­an di Perlis tetapi kami di ibu negara?” kata pemain pertahanan yang pernah beraksi bersama Terengganu pada 2017.

Menurutnya, tiada guna PFA hanya nampak gah di media sosial, tetapi hakikatnya pengurusan gagal menguruska­n gaji pemain dengan baik.

 ??  ?? EZZRUL Ikmanizar terpaksa mencari rezeki dengan membuka perniagaan mencuci kereta secara kecil-kecilan.
EZZRUL Ikmanizar terpaksa mencari rezeki dengan membuka perniagaan mencuci kereta secara kecil-kecilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia