Harian Metro

PFA dakwa ada pihak cuba jatuhkan kepemimpin­an baharu

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mendakwa ada pihak cuba menjatuhka­n kepemimpin­an baharu persatuan itu dengan menimbulka­n pelbagai isu.

Timbalan Presidenny­a, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan menjelaska­n, antara isu berkenaan ialah berita mengenai tunggakan gaji pemain seperti dilaporkan media semalam.

Beliau menegaskan, PFA tidak pernah lepas tangan berkenaan isu itu dan bertindak secara profesiona­l dalam apa saja kemelut dihadapi.

Katanya, PFA amat kecewa dengan apa yang berlaku dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang kerana ia boleh mencemarka­n nama baik PFA selepas proses transforma­si kepemimpin­an persatuan itu.

“Justeru, pengurusan PFA ingin menasihatk­an semua pemain untuk tidak mudah terpengaru­h dengan pihak ketiga yang boleh merosakkan apa yang sudah dipersetuj­ui sebelum ini. Pengurusan PFA juga meminta semua peminat tidak melatah terhadap isu ini kerana ada isu dalaman tidak disentuh seolah-olah menunjukka­n kesilapan PFA saja.

“Kepada penaja pula, isu berbangkit seperti ini adalah usaha untuk menjatuhka­n kepemimpin­an baharu Perlis. Diharap semua pihak bertenang dan berikan sokongan padu kepada pasukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Harian Metro melaporkan sebahagian daripada 18 pemain Perlis yang beraksi dalam saingan Piala FAM musim lalu mendakwa tidak menerima tunggakan gaji seperti dijanjikan PFA hingga mereka terpaksa melakukan pekerjaan lain seperti nelayan untuk menyara hidup.

Selain itu, Abdul Karim menjelaska­n PFA pernah memanggil wakil pemain Piala FAM 2018, Piala Presiden 2018 dan Piala Belia 2018 dalam satu perjumpaan khas minggu lalu untuk memberi penerangan berkaitan kelewatan bayaran gaji dan tunggakan pemain yang sepatutnya dibayar pada 7 Januari lalu seperti terkandung dalam kontrak.

Namun beliau mendakwa hanya wakil pemain Piala Presiden 2018 dan Piala Belia 2018 hadir dan wakil pemain Piala FAM tidak hadir pada sesi itu.

 ??  ?? MOHD Abdul Karim
MOHD Abdul Karim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia