Harian Metro

Tak buka Facebook takut kecaman

-

“Saya masih mencari jawapan yang pasti dan tidak menggunaka­n wang itu,” kata Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, penjual yang menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam guni bundle pada Sabtu lalu.

Menurutnya, dia merujuk kepada beberapa ustaz, guru pondok dan ahli agama untuk mengetahui hukum menggunaka­n wang itu.

Katanya, ada ilmuan agama beritahu boleh menggunaka­n wang berkenaan.

Wan Mohamad Adam berkata, dia berjumpa beberapa ustaz sejak kelmarin dan bertanya mengenai penemuan wang dalam guni bundle yang dibeli dengan lafaz akad jual beli.

“Bundle dibeli dengan harga RM50 daripada pemborong dan dia tidak mengetahui isi keseluruha­n dalam guni berkenaan.

“Namun selepas dibuka baru saya temui wang itu hingga ia viral dan mendapat reaksi positif serta negatif daripada orang ramai.

“Jadi sejak semalam (kelmarin), saya tidak buka Facebook kerana tidak sanggup membaca kecaman netizen.

“Saya juga dimaklumka­n ibu saudara dan ahli keluarga berhubung kenyataan Mufti Kelantan, (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) supaya wang ditemui itu diserahkan kepada Baitulmal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, oleh kerana terlalu banyak komen dan tular membuatkan ahli keluargany­a takut walaupun dia tidak membuat kesalahan.

Akhbar ini melaporkan, seorang peniaga terkejut selepas menemui wang tunai itu, jam 8 malam pada Sabtu lalu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia