Harian Metro

Inkues jalan terbaik untuk Adib

-

Tanjung Malim: Inkues kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah jalan terbaik bagi membolehka­n keputusan tepat dan adil diperoleh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kementeria­nnya mengendali­kan kes itu dengan baik hingga mampu membawanya ke peringkat inkues.

“Semasa inkues ini banyak lagi ruang untuk disoal siasat membabitka­n pelbagai sudut dan sumber terbabit dalam kejadian itu.

“Dapatan lebih tepat, keputusan dibuat dengan adil melalui maklumat pihak perubatan, forensik, polis, bomba dan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek Youth City di sini, semalam.

Menurutnya, inkues berkenaan akan bermula Jumaat ini dan berharap semua pihak dapat bersabar.

Dalam perkembang­an sama, Zuraida memaklumka­n belum menerima maklumat mengenai perhimpuna­n besar-besaran di seluruh negara oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya, kelmarin dilaporkan berkata, perhimpuna­n itu akan diadakan jika berlaku campur tangan, melengahka­n siasatan, unsur permainan politik dan sebarang cubaan untuk mengubah suai laporan dalam proses siasatan.

UMMAH juga menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan menjalanka­n siasatan secara telus mengikut undang-undang sedia ada.

Elakkan campur tangan individu tertentu dalam membuat keputusan mengenai perolehan peralatan keselamata­n termasukla­h baju kalis api demi keselamata­n dan nyawa anggota bomba.

Perkara itu ditegaskan bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Dr Soh Chai Hock ketika mengulas laporan Harian Metro mengenai 30 hingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara terpaksa berkongsi baju kalis api usang, koyak dan lusuh ketika bertugas.

Laporan eksklusif bermula Selasa lalu itu juga mendedahka­n rampasan 6,000 baju kalis api dari JBPM oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernilai RM13.5 juta kerana kontraktor diluluskan tender, memalsukan sijil perakuan pakaian keselamata­n itu.

SPRM dalam kenyataan semalam mengesahka­n contoh baju kalis api yang dirampas pihaknya itu tidak selamat digunakan rentetan pengesahan Jabatan Kimia bahawa pakaian keselamata­n berkenaan dihasilkan daripada bahan plastik (polyster).

Untuk rekod, JBPM atau kerajaan sudah membayar RM13.2 juta kepada kontraktor dilantik membekalka­n baju kalis api itu yang setiap satunya berharga antara RM2,400 hingga RM2,500.

Menurut Soh, campur tangan pihak luar terutama mereka yang berkepenti­ngan menjejaska­n keselamata­n anggota bomba.

“Ini seperti yang sudah berlaku. Bagaimana 6,000 baju kalis api yang tidak menepati standard ditetapkan JBPM diluluskan perolehan. Nasib baik ia dirampas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini perbuatan tidak bertanggun­gjawab.

“Bagi menangani masalah ini, JBPM perlu mewujudkan

 ??  ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia