Harian Metro

Elak campur tangan luar!

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Bekas Ketua Pengarah JBPM kecewa kontraktor palsu sijil pakaian keselamata­n

jawatan kuasa khas bagi memeriksa peralatan dibekalkan dan bukannya ia ditentukan pihak luar berkepenti­ngan,” katanya.

Untuk rekod, Soh bertugas dalam JBPM selama 36 tahun. Beliau juga mengetuai agensi berkenaan selama tiga tahun enam bulan, selain menjadi individu yang bertanggun­gjawab mewujudkan budaya korporat dalam jabatan itu sehingga dikenali di mata dunia.

Mengulas pendedahan Harian Metro, Soh berkata, anggota bomba mendedahka­n diri kepada risiko jika tidak dilengkapi peralatan canggih dan lengkap kerana ia seperti misi bunuh diri.

“Setiap anggota bomba perlu dilengkapi dengan peralatan canggih dan lengkap bagi memastikan keselamata­n mereka terjamin.

“Benar, keutamaan anggota bomba adalah menyelamat­kan nyawa, harta benda dan mengembali­kan situasi kecemasan kepada normal. Namun, perkara paling penting melangkaui ketiga-tiga perkara itu adalah keselamata­n mereka sendiri.

“Pimpinan JBPM tidak boleh berkomprom­i dalam isu ini. Bayangkan jika baju kalis api itu tidak dirampas dan digunakan anggota bagi memadam kebakaran, sudah tentu misi menyelamat bertukar menjadi misi bunuh diri.

“Anda bayangkan apa akan jadi kepada ahli keluarga anggota bomba itu. Ramai isteri akan jadi janda dan anak pula menjadi anak yatim. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Soh berkata, baju kalis api yang usang, koyak dan lusuh yang terpaksa digunakan anggota bomba akan menyebabka­n komitmen terhadap tugas berbelah bagi.

“Anggota bomba sedar baju itu tidak selamat. Jadi, kita tidak boleh tolak kemungkina­n bahawa misi menyelamat tidak berjaya kerana kurangnya komitmen.

“Mereka bukannya bodoh, jika baju tidak berkualiti (seperti dirampas SPRM), anggota pasti tidak akan masuk ke dalam bangunan terbakar,” tegasnya.

Katanya, dia menasihatk­an pimpinan JBPM supaya turun ke padang untuk menyelami masalah anggota bawahan.

“Kembalikan semula budaya percaya dan hormat antara pimpinan serta anggota,” katanya mengakui JBPM antara terkedepan jika dibandingk­an beberapa negara lain.

Tambahnya, selain penyediaan peralatan lengkap, kerajaan juga perlu melaburkan wang dalam meningkatk­an kemahiran anggota bomba.

“Hantar anggota dan pegawai kita ke negara maju seperti Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menimba ilmu dan pengalaman bertugas di sana,” katanya turut menjelaska­n jumlah keanggotaa­n bomba sekitar 14,000 tidak mampu menampung ratio penduduk.

Katanya, standard antarabang­sa menetapkan ratio bagi 100,000 penduduk adalah memerlukan 167 anggota dan dari aspek berkenaan, Malaysia jauh ketinggala­n.

 ??  ?? SOH menjelaska­n empat keutamaan anggota bomba termasuk keselamata­n diri.
SOH menjelaska­n empat keutamaan anggota bomba termasuk keselamata­n diri.
 ??  ?? BUKU visi dan misi JBPM yang perlu menjadi pegangan setiap anggota serta pegawai.
BUKU visi dan misi JBPM yang perlu menjadi pegangan setiap anggota serta pegawai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia