Harian Metro

Pramugari RM61.8j

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Wanita ditahan di Australia cuba seludup dadah

masa terdekat selepas beberapa kakitangan mereka di tahan di luar negara kerana terbabit kegiatan penyeludup­an dadah sejak beberapa bulan kebelakang­an ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesahka­n dua rakyat Malaysia termasuk seorang kru kabin sebuah syarikat penerbanga­n tempatan di tahan pihak berkuasa Australia pada 7 dan 8 Januari lalu kerana didapati terbabit kegiatan penyeludup­an dadah didalangi satu sindiket di negara itu.

“Kru kabin yang ditahan adalah seorang wanita berusia 30-an, manakala seorang lagi adalah seorang lelaki berusia 30-an.

“Kami masih dapatkan maklumat lanjut latar belakang kedua-duanya. Kita difahamkan kedua-duanya bersama enam lagi suspek sudah pun dituduh di mahkamah di negara itu Isnin lalu,” kata beliau.

Sebelum ini agensi berita Australia, Australian Broadcasti­ng Cooperatio­n (ABC) melaporkan Asisten Komisioner Tess Walsh daripada Polis Victoria berkata, pihaknya bersama Polis Persekutua­n Australia (AFP) berjaya menahan lapan suspek termasuk dua warga Malaysia termasuk seorang kru kabin syarikat penerbanga­n terbabit.

Semua mereka ditahan menerusi operasi digelar Operation Sunrise (Operasi Matahari Terbit) yang diadakan secara kerjasama antara Polis Victoria, AFP, Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) dan Suruhanjay­a Perisikan Jenayah Australia (ACIC).

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada dadah yang dirampas pihak berkuasa Australia susulan penahanan lapan suspek termasuk dua warga Malaysia.
SEBAHAGIAN daripada dadah yang dirampas pihak berkuasa Australia susulan penahanan lapan suspek termasuk dua warga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia