Harian Metro

Lelaki pandu melulu dibelasah orang ramai

-

Kuala Lumpur: Sengaja cari masalah! Itu yang berlaku apabila seorang pemuda dibelasah orang ramai selepas memandu kereta dalam keadaan melulu sebelum merempuh beberapa kereta dan motosikal.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, difahamkan tiga kenderaan termasuk dua motosikal dirempuh kereta berkenaan ketika melalui Kilometer 13.4, Lebuhraya Pantai Baru (NPE), menghala ke Bangsar.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu laju lelaki berusia lingkungan 30-an hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain yang berada di laluan berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu cuba melarikan diri sejurus kemalangan, namun berjaya ditahan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Malah, lelaki itu cuba terjun dari jejambat, namun tidak berjaya sebelum dia diserahkan kepada pihak polis peronda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari semalam.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku kemalangan membabitka­n sebuah kereta dengan beberapa kenderaan,” katanya.

Nordin berkata, pemandu kereta terbabit cedera selepas dibelasah orang awan yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu cuba melarikan diri selepas didapati memandu secara melulu hingga menyebabka­n kemalangan.

Pramugari terlampau! Itu tindakan seorang kru kabin berusia 30-an yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludup­an dadah antarabang­sa.

Wanita warga Malaysia yang juga kakitangan sebuah syarikat penerbanga­n berpangkal­an di Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia selepas disyaki menyeludup dadah ke negara itu bernilai dolar Australia 21 juta (RM61.8 juta) sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh memaklumka­n pihaknya sedang bekerjasam­a rapat dengan pihak berkuasa Australia bagi mengesan rangkaian sindiket berkenaan di negara ini.

“Kami sedang mendapatka­n maklumat lanjut dari mereka (pihak berkuasa Australia) untuk melakukan siasatan berhubung rangkaian sindiket berkenaan yang ada di sini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan adakan pertemuan dengan syarikat penerbanga­n tempatan dalam

 ??  ?? KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13.4, Lebuhraya Pantai Baru menghala ke Bangsar.
KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13.4, Lebuhraya Pantai Baru menghala ke Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia