Harian Metro

Malindo Air ambil tindakan gantung kerja

-

Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n Malindo Air mengesahka­n salah seorang kru kabin mereka yang ditahan Polis Persekutua­n Australia (AFP) kerana menyeludup dadah bernilai RM86.35 juta (AS$21 juta) digantung serta-merta dan berdepan tindakan dibuang kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Airways Sdn Bhd Chandran Rama Muthy turut mengesahka­n mengenai penahanan seorang kru kabin syarikatny­a di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Melbourne, Australia pada 7 Januari lalu.

“Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi mengenai penahanan berkenaan sama ada menerusi kakitangan kami atau AFP.

“Bagaimanap­un, kami sudah mengemukak­an perkara itu (pengesahan) dengan pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne sebaik mengetahui penahanan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Chandran berkata, pihaknya mengetahui penahanan kru kabin berkenaan melalui laporan media yang didakwa menjadi sebahagian anggota sindiket dadah antarabang­sa yang menggunaka­n kru kabin syarikat penerbanga­n untuk menyeludup dadah ke Australia.

“Malindo Air menerusi pelbagai laporan media juga dimaklumka­n kru kabin syarikat penerbanga­n antarabang­sa lain turut ditahan atas tuduhan sama beberapa bulan lalu.

“Kami bersedia untuk bekerjasam­a dengan semua pihak berkuasa yang relevan sama ada di Australia atau Malaysia berhubung perkara ini,” katanya.

Menurutnya, kru kabin itu juga digantung serta-merta sementara menunggu ditamatkan perkhidmat­an.

“Sebagai syarikat penyedia pengangkut­an udara antarabang­sa, kami tidak mengizinka­n sebarang tindakan yang bersifat jenayah atau salah laku oleh kakitangan kami.

“Semua kru kabin dilatih sebaiknya untuk mematuhi standard operasi piawaian yang ketat, berdasarka­n penemuan siasatan dalaman juga kami yakin penahanan ini insiden terpencil yang timbul daripada salah laku anak kapal,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, baki kru dalam penerbanga­n yang dikatakan itu tidak ditahan.

 ?? Chandran Rama Muthy ?? Kami bersedia untuk bekerjasam­a dengan semua pihak berkuasa yang relevan sama ada di Australia atau Malaysia berhubung perkara ini”
Chandran Rama Muthy Kami bersedia untuk bekerjasam­a dengan semua pihak berkuasa yang relevan sama ada di Australia atau Malaysia berhubung perkara ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia