Harian Metro

BURU RESTORAN MAMAK PALSU Harga menu lain, resit lain

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

 KPDNHEP periksa 31 premis makanan di ibu kota

Kuala Lumpur

Benteras kewujudan restoran mamak palsu! Itu tindakan tegas diambil Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur yang melakukan pemeriksaa­n mengejut di 31 restoran mamak sekitar ibu kota.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Kuala Lumpur Low Swee Hon berkata, pemeriksaa­n berkenaan memfokuska­n sijil dan penandaan halal yang digunakan premis terbabit.

“Bagaimanap­un semua premis kedai mamak diperiksa itu tidak diberikan sebarang notis kerana mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kita mengesahka­n semua pemilik restoran berkenaan adalah orang Islam. Walaupun ada yang tidak memiliki tanda halal dan mempamerka­n ayat-ayat suci, pemiliknya adalah muslim,” katanya pada pada sidang media selepas tamat operasi bersepadu penandaan halal di Bangsar di sini, semalam.

Operasi turut disertai empat agensi penguatkua­saan termasuk Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mengulas berhubung operasi berkenaan, Swee Hon berkata, empat restoran mamak diperiksa di sekitar kawasan berkenaan semalam.

“Tiada sebarang notis dikeluarka­n, bagaimanap­un pihak SSM mengeluark­an empat notis bagi membaiki pameran papan tanda restoran dan memaparkan sijil daftar perniagaan.

“Secara keseluruha­nnya, semua premis yang diperiksa adalah milik muslim dan salah satu restoran mempunyai sijil halal yang sah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n berhubung tanda harga mendapati semua restoran berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan KPDNHEP.

“Walaupun terdapat tanda harga yang tidak jelas, kami sudah memberi nasihat kepada pemilik restoran berkenaan. “Pemeriksaa­n ulangan akan dilakukan bagi memastikan semua restoran ini mematuhi penandaan halal dan tanda harga yang ditetapkan,” katanya. Melaka: Harga dalam menu dan resit bayaran tidak sama, antara kesalahan dikesan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah di sini, semalam.

Dalam Ops Bersepadu membabitka­n Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu, sebuah kedai makan 24 jam di Jalan terbabit diserbu sebelum dikesan menyalahgu­na peraturan perniagaan ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Negeri, Azeem Nazuri berkata, kesalahan terbabit dikesan apabila sekumpulan penuntut kolej yang makan di situ mengadu mengenai harga mahal dikenakan.

Katanya, hasil siasatan lanjut, KPDNHEP membanding­kan buku menu dan resit pembayaran pelanggan dan mendapati harga pada menu berbeza dengan resit pembayaran apabila setiap pelanggan dicaj tambahan 5 sen bagi setiap hidangan.

Beliau berkata, restoran terbabit juga gagal mempamerka­n tanda harga.

Menurutnya, restoran yang tidak mendapatka­n sijil halal sah JAKIM itu turut dikesan menggantun­g kalimah ayat suci al-Quran.

“Kerajaan mengambil langkah proaktif memastikan pengguna Islam tidak terpedaya dan tersilap memilih dalam aspek makanan halal.

“Melalui operasi ini, premis tersebut dikenakan kompaun RM300 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan kertas siasatan akan dibuka melalui Akta Perlindung­an Pengguna 1999,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP melakukan pemeriksaa­n terhadap salah sebuah kedai mamak dalam operasi bersepadu semalam.
PEGAWAI KPDNHEP melakukan pemeriksaa­n terhadap salah sebuah kedai mamak dalam operasi bersepadu semalam.
 ??  ?? LOW (dua dari kanan) memeriksa harga makanan ketika Operasi memeriksa restoran nasi kandar halal di sekitar Bangsar.
LOW (dua dari kanan) memeriksa harga makanan ketika Operasi memeriksa restoran nasi kandar halal di sekitar Bangsar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia