Harian Metro

Subahat bantu menang tender kerajaan

-

Ipoh: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan wujudnya pakatan antara penjawat awam dan kontraktor tertentu dalam pemberian tender kerajaan.

Menerusi pakatan itu, penjawat awam akan membantu kontraktor memenangi sesuatu tender kerajaan dikeluarka­n.

Modus operandi digunakan adalah pegawai berkenaan akan mengarahka­n kontraktor menghantar sebut harga pada kadar lebih tinggi berbanding nilai pasaran.

Seterusnya pegawai terbabit mewujudkan beberapa sebut harga palsu pada kadar lebih tinggi berbanding ditawarkan kontraktor yang kemudian dipilih sebagai pemenang.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, modus operandi itu dikesan digunakan dalam kes membabitka­n dua agensi kerajaan iaitu di FELDA Trolak dan Majlis Daerah Kerian (MDK).

“Mengikut tatacara perolehan dikeluarka­n Perbendaha­raan, sepatutnya perlu ada sekurang-kurangnya lima syarikat memasuki sesuatu tender kerajaan. Jadi mereka ini wujudkan ‘dummy’ (syarikat palsu).

“Perkara seperti ini mengakibat­kan kos perolehan kerajaan meningkat, barangan dibekalkan tidak berkualiti dan menidakkan peluang kontraktor lain,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM negeri, di sini, semalam.

Zainul berkata, menerusi Ops Mark Up, 11 November lalu, pihaknya menahan empat individu iaitu tiga kakitangan MDK termasuk seorang wanita berusia 31, 46, dan 48 tahun.

Katanya turut ditahan dalam operasi sama ialah kontraktor wanita berusia 59 tahun.

 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia