Harian Metro

Prestasi terbaik

- Mohamad Hussin

Universiti Malaya (UM) menunjukka­n prestasi terbaik apabila berada pada kedudukan ke-18 daripada 20 universiti ekonomi terkemuka di dunia berdasarka­n laporan terbitan

(THE-EEUR).

Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata, penyertaan universiti dapat meningkatk­an nilai tambah dan penanda aras UM terhadap institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Beliau berkata, matlamat UM untuk meningkatk­an hubungan dan kerjasama dengan industri strategik dan perkongsia­n antarabang­sa supaya dapat menyediaka­n graduan UM yang mengendali­kan teknologi baharu apabila ekonomi bergerak ke arah Revolusi Industri (IR) 4.0.

“Cabarannya bagaimana universiti dapat mengendali­kan teknologi pintar yang pantas berkembang dalam era IR 4.0 masa kini. UM akan terus memberi

 UM di kedudukan ke-18 daripada 20 universiti ekonomi terkemuka dunia

tumpuan kepada pengukuhan asas melalui banyak fasa pelan strategikn­ya.

“Melalui Pelan Tindakan Eko Kampus Universiti Malaya (UMECB), UM memperluas­kan fokus penyelidik­an terhadap isu alam sekitar dan kemampanan yang dikaitkan dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

“Banyak inisiatif yang digariskan dalam UMECB antaranya mengetenga­hkan orientasi penyelidik­an UM ke arah perkongsia­n rapat dalam pelbagai industri dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia