Harian Metro

Bella Dally akui sudah bertunang

-

Kuala Lumpur: Pelakon Bella Dally mengakui sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34, Sabtu lalu di kediamanny­a di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi masing-masing.

“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula serius dalam perhubunga­n dan tak mahu buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaik-baiknya dipercepat­kan.

“Sebenarnya saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai, saya pernah cakap nak fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bella, majlis itu diadakan secara tertutup membabitka­n keluarga kedua-dua pihak dan kenalan rapat.

Bella berkata, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan itu kerana masih

dalam fasa pertunanga­n.

“Cukup untuk saya kongsikan apa yang patut saja. Lagipun, saya tak suka nak berahsia. Lambat laun orang akan tahu juga. Jadi, lebih baik saya bercakap jujur.

“Apa yang penting, saya ingin peminat tahu saya kini dalam fasa gembira dan bahagia. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudah­kan Allah,” katanya.

Ditanya mengenai majlis perkahwina­n, Bella berkata, dia merancang untuk bernikah tahun ini namun belum ada tarikh ditetapkan.

Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkan­nya jatuh cinta, Bella berkata, jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu budiman dan bertanggun­gjawab.

“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembang­an saya di Instagram.

“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia lelaki yang baik dan bertanggun­gjawab.

“Alhamdulil­lah, keluarga merestui hubungan kami. Keluarga saya sentiasa sokong keputusan saya asalkan saya gembira,” katanya.

Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Perkahwina­n mereka itu tidak dikurniaka­n cahaya mata.

 ??  ?? tunanganny­a. Arif yang kini menjadi
FOTO Bella bersama
tunanganny­a. Arif yang kini menjadi FOTO Bella bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia