Harian Metro

‘Farid terjerit-jerit’

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Saksi keempat dakwa melihat Farid menampar anggota polis

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Majistret di sini, semalam, bahawa dia mengingati wajah Datuk Farid Kamil Zahari berikutan tindakan berani pelakon itu yang menampar anggota polis trafik di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari 2018.

Malah, Wong Kok Keong, 36, yang juga saksi pendakwaan ke-4 itu berkata, insiden yang berlaku itu adalah pertama kali dilihat sepanjang hidupnya, membabitka­n orang awam menampar anggota polis.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran, sama ada saksi itu mengenali dan mengingati pelakon utama Lagenda Budak Setan itu.

Terdahulu, pemilik perniagaan perkhidmat­an pengebumia­n itu berkata, dia pergi ke balai polis trafik berkenaan jam 12 tengah hari pada 11 Januari tahun lalu untuk memeriksa saman sebelum dua lelaki (Ashraf Ahmad dan Farid) masuk ke dalam balai polis sama.

Menurutnya, ketika itu, dia terdengar kedua-dua lelaki terbabit bergaduh sebelum Farid bertindak menampar Ashraf dengan kuat sebelum melakukan tindakan sama terhadap anggota polis trafik di kaunter pertanyaan. “Kemudian, saya melihat anggota polis itu pula ditampar Farid kerana anggota itu mahu menenangka­n kedua-dua lelaki berkenaan.

“Ketika itu, saya melihat Farid terjerit-jerit seperti orang gila dan dalam masa sama keadaannya seperti tidak betul,” katanya.

Ketika disoal Alia lanjut mengenai bahagian muka kedua-dua mangsa yang di- tampar Farid, dia berkata, tidak dapat mengingati­nya.

Dalam keterangan di mahkamah sebelum ini, Ashraf, 35, yang juga saksi pertama pendakwaan membawa Farid dengan tidak berbaju yang ditemui di tepi Jalan Tropicana, Damansara, ke balai polis itu untuk membuat laporan selepas Farid mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan.

Sementara itu, dalam sesi pemeriksaa­n balas peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid, Wong berkata, dia berada di balai polis trafik itu pada hari kejadian bagi memeriksa saman pada kenderaan yang dimilikiny­a, namun disebabkan kejadian itu, dia tidak sempat melakukan urusan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia